Logo 1Malaysia VS Logo Petronas

December 24, 2010

Gegak gempita lah seluruh alam. Mencaci-makilah pemimpin negara Malaysia bahawasanya pemimpin di negeri Selangor itu derhaka. Tidak menyanjung dan melaksana idea bernas pemimpin agung mereka. Maka dicarutkannya lagi dengan mengatakan pemimpin Selangor itu sudah gentar dengan kejayaan slogan pemimpin Malaysia terulung itu.

Waklu la pemimpin Selangor! Dasar pembangkang tak mengenang budi! Slogan itu penting, perlaksanaan yang caca-marba itu kita tutup saja sebelah mata. Patutlah rakyat di Selangor huru-hara!

Akan tetapi sekiranya diteliti lanjut, adapun pemimpin-pemimpin Malaysia terhebat itu lagak gayanya seperti terlalu banyak memakan semut. Bukan kah kata orang semut itu punca kepada penyakit lupa? Dan mereka ini pula Melayu. Benarlah kata pepatah moden, Melayu itu pelupa. Eh! Melayu mudah lupa.

Mereka yang tua dan pemakan semut ini sudah lupa barangkali akan tingkah laku dan onar mereka satu ketika dulu. Bukankah kelakuan pemimpin Selangor itu mencontohi pemimpin-pemimpin Malaysia terhebat itu? Bukankah mereka-mereka ini yang bersengkongkol menukarganti logo Petronas, yang menelan kos berjuta-juta ringgit itu? Atas dasar dan musabab apa, tidaklah jelas. Cumanya kata banyak orang, kata orang lah, logo Petronas itu mirip seperti logo parti yang berwarna hijau itu. Itu lah sebabnya. Benarkah?

Kalau dibanding dengan perbuatan durjana pemimpin Selangor yang menurunkan logo 1Malaysia itu dengan perbuatan berhemah pemimpin rakyat Malaysia menukarganti logo Petronas di serata Malaysia (atau dunia), manakah yang benar-benar mempunyai alasan kukuh? Mana pula lebih memerlukan modal yang banyak? Kalau pula dua-duanya salah, salah mana yang lebih besar?

Berlaku adil lah kalau nak memukul canang. Jangan ditunjuk sangat perangai pelupa tu. Tak elok. Tak manis dipandang orang.

Cubalah. Cuba lah kurangkan makan semut. Kalau boleh elakkan terus. Cuba-cuba lah pulak perbanyakkan makan kismis dan kekacang. Insya-allah, membantu.

You Might Also Like

0 comments

Press

press