Mari membaca buku

December 30, 2010

Kata survey yang terbaru, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 8 buah buku setahun. Aku? Tahun ni aku ada beli 5 buku, baru 2 habis baca. Tu pun satu buku tahun lepas punya. Ehehehe!

Ada satu masa, aku suka membaca. Masa zaman-zaman sekolah. Gila-gila dan Ujang. Kalau "buku", aku tumpang novel cintan kakak-kakak aku. Mana ada duit nak beli. Ehehehe! Pastu melarat pinjam buku kat perpustakaan. Ahahaha! Zaman tu mana ada facebook, PS2 semua ni. Hiburan kami terhad pada cerita kartun pukul 5.30 petang setiap hari. Kalau ada geng nak main tenteng gajah, galah panjang, baling tempurung, rounders, baling gambar, saidina, memang time makan tengah hari je lah jengah muka kat rumah. Lain-lain masa tu, memang memerap kat umah lah.

Masa tu buku tulisan Ahadiat Akashah, Abu Talib Hasan (ATH) dan jugak terbitan Creative Enterprise memang jadi pilihan. Tak banyak option pun (bagi orang tak berduit). Ada satu buku ATH yang aku minat sangat, tapi tak ingat dah tajuk. Jibam karya Ujang pun best.

Minat membaca mula kurang bila dah masuk sekolah menengah. Tak larat asyik baca cerita pasal cinta je. Jalan cerita kebanyakkan buku dah macam drama swasta kat tv. Pasal orang kaya bercinta ngan orang miskin. Pasal hero/heroin yang hidup melarat yang tak hengat tapi last-last jadi kaya raya dan hidup senang lenang. Cerita fairy tale sungguh. Nak baca buku omputih, huuuu.. cukup lah malas sebab bila baca buku omputih, kena bawak kamus. Lepas tu spend masa lagi banyak telek kamus dari baca buku.

Bila dah mula kerja, aku jumpa balik kawan lama. Lepak kat rumah dia, dia hulur aku buku "The Hobbit". Buku tulisan JRR Tolkien. Dia suruh baca jugak-jugak sebab kata dia nanti ada movie nak keluar, Lord of The Ring. Aku yang tak faham apa benda, ambik je buku tuh. Walaupun trauma "kena belek kamus" tu masih ada, aku gagahkan jugak bawak balik baca.

Aku pun tak sangka aku boleh habis baca buku tuh. Magis. Mungkin sebab aku ni memang minat cerita-cerita bercorak fiksyen/fantasi. Tu yang boleh habis baca tuh. Orang kata cerita fantasi ni cerita untuk bebudak. Mungkin. Tapi bagi aku cerita fantasi ni buat aku releks. Aku enjoy tengok benda-benda yang memang tak terjangka, walaupun kadang-kadang tu agak melampau.

Mula hari tu aku dah mula balik nak membaca. Membaca buku secara fizikal. Lagipun kena tunjuk habit yang baik kat anak-anak. Kalau aku kata aku membaca kat PC je, sangat lah tidak menjadi teladan yang baik. Kalau kat PC aku banyak baca "buku yang bermuka" je. Eheheh!

Kita kayuh pelan-pelan. Ayuh rakyat Malaysia. Mari membaca.

contoh bahan bacaan untuk menenangkan minda. eheheheh!

You Might Also Like

2 comments

  1. pengaturcaraan C? ohh nooooooo....

    ReplyDelete
  2. saya suka membaca tapi cukup allergic bila ada hurup C

    ReplyDelete

Press

press