Farmville : Musim Bunga

December 09, 2010

Saya agak cemburu dengan farmville "seteru" saya di Dengkil. Pokok-pokok beliau sudah berbunga-bunga, manakala pokok-pokok bunga saya bagai malu-malu alah. Ingin saja saya ke Dengkil untuk menjirus Max Kleen 9 saya agar pokok-pokok beliau itu tidak berbunga lagi.

Muahahahahahahaha!!

Tapi saya tak mampu untuk sekejam itu. Saya masih berhati luhur dan menjaga tatasusila. Beliau telah berusaha dan bersungguh-sungguh menjaga tanaman beliau, layak lah beliau mendapat bunga-bunga itu. Manakala saya hanya "turun padang" sebulan sekali. Padan la bunga pun keluar setahun sekali.



Apa pun, saya tetap gumbira dengan farmville saya. Ada jugak pokok yang berbunga, sampaikan pokok yang saya tak pernah tengok bunganya pun berbunga. Macam pokok lidah buaya saya. Rasanya dah banyak kali beralih tempat. Kejap dalam pasu, kejap tepi longkang. Terakhir sekali, tepi pagar rumah. Pokok ni survival nya tinggi. Rasanya saya simpan pokok ni dah dekat 7 tahun. Semenjak anak sulung dalam perut lagi.


Pokok Pinang di sudut rumah. Batangnya masih suci dari sebarang torehan "XXX was here"

Hopefully yang ni bertahan lama. Hari tuh anak buah cabut habis buat bullet berperang.
 
Meriah!

Baru-baru ni, aku melawat kawasan. Ahahaha! Nampak sangat tak rajin berkebun. Walhal depan rumah je pun. Kui! Pokok pinang nan sebatang dah berbunga-bunga. Meriah. Tapi tak tau lah apa hasilnya. Kalau ada keluar buah pinang, boleh la lepak-lepak makan sirih petang-petang. Pokok pinang ni dulu ada jugak ura-ura nak ditebang. Tapi aku sayang. Dah lama pokok ni hidup. Lagi pun dia meninggi, tak makan ruang. Elok simpan je.

Pastu, kat bawah pokok yang dah bersemak samun tu, aku terpandang ada bunga. Sekali pandang, aku ingat bunga pokok pinang tu. Pandang betul-betul, eh, bunga tu keluar dari rumpun pokok lidah buaya / lidah jin / lidah ular. Entah siapa punya lidah pun aku tak tau la.

Memang first time aku tengok pokok ni keluarkan bunga. Siap aku telefon mak kompomkan, betul ke pokok ni ada bunga. Mak kata memang ada. Bila call Syah pulak, dia pun kata memang pokok tu ada bunga. Dia dah bagitaupun kat aku sebelum ni, cuma aku je tak ambik port. Eheheheh! Bila tanya keliling, memang rata-rata kata pokok ni memang ada bunga.

Errk!

Aku tak puas hati. Walhal pokok ni bersepah je kat mana-mana pun, tapi apasal aku tak pernah nampak bunga dia?

di balik pokok pinang

bunga pokok lidah buaya

Mula-mula tu ada lah feeling-feeling pokok bunga aku ni unik. Mula la bercita-cita nak hantar kat TV3, mana tau leh masuk Majalah Tiga. Ada gak pendapatan sampingan. Dah tu, hantar kat majalah Mastika ke, Harian Metro ke. Mesti permintaan tinggi. Ahahahahaha!

Hampeh!

Apapun, saya tetap gumbira dengan farmville saya. Pokok-pokok yang lain pun ada mengeluarkan bunga.

pokok ni tanam kat tepi-tepi pagar. dia sentiasa berbunga, pastu paling tinggi pun paras betis je. minggu lepas baru tabur baja, sekarang ni lagi sakan berbunga.

pokok ni tak tau nama, tapi sebaya ngan pokok lidah buaya tuh. Ada masa rajin berbunga, ada masa daun je banyak.

 Saya suka farmville saya!

You Might Also Like

2 comments

  1. kami seteru 'dengkil' syak pokok2 ini di beli ketika berbunga...dan terus letak di laman rumah. kemudian tuan rumah dgn tanpa segan silu menangkap gambar seakan-akan usaha beliau telah berjaya membungakan pokok itu.

    taktik ini kami panggil 'taktik bacin'.

    ReplyDelete
  2. ahhh.. tunggu lah saat dan ketikanya.. akan kubuktikan kepada dunya..

    ReplyDelete

Press

press