Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh!

Menjenguk-jenguk album lama, rasa membuak-buak mahu bercuti semakin kencang. Tiga hari yang mendatang sebelum bercuti panjang, macam menghitung waktu yang terlalu lama.

Gambar-gambar pantai di Langkawi, langit yang biru mencerah, awan yang berkepul-kepul bak kapas terbuai tanpa tali. Pohon-pohon nyiur melambai ditiup bayu pantai yang tenang. Ombak mendesir menghempas manja Pantai Chenang, meninggalkan sisa-sisa lautan yang hanyut.

Amboi!

Nanti!

Ada pula selingan lagu Wajah Kesayangan Hamba dendangan Hail Amir.

Amboi amboi amboi!

Dalam banyak-banyak gambar yang ada, aku teruja melihat gambar pokok getah. Ahahahaha! Bunyinya sepertu poyo sekali, tetapi percayalah. Memang gambar pokok-pokok getah ini buat aku gembira.

Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh


Di atas ini salah satu gambar pokok getah yang aku ada. Sesetengah orang, atau mungkin kebanyakkan orang melihat gambar ini biasa saja. Mungkin betul. Kalau dari segi teknikal, mungkin tidaklah secanggih mana, Dari segi komposisi, mungkin juga tidak tepat. Gambar tu sendiri, apa ceritanya dengan gambar pokok getah tidak berdaun?

Aku ini bukanlah perak sangat sampai melihat pokok getah pun boleh jadi excited. Konon-konon "bandar" sangat lah sampaikan pokok getah pun boleh jadi objek yang tersangat mahu diihat. Jangan kau tak tau sahabat, Gombak ini dahulu pun dulu keliling-kelalang pokok getah. Tapak rumah kami ini pun asal-asalnya tempat mak dan arwah atuk nenek pergi menoreh. Tapak UIA yang antarabangsa itu dahulu pun kawasan ladang getah.

Oh! Aku bukan mahu berkongsi sejarah.

Cuma ini, cerita ini lain.

Gambar pokok-pokok getah ni aku rakamkan semasa aku ke Sik awal tahun 2009. Masa tu menziarah adik yang baru mendapat anak, sambil-sambil buat "lawatan kawasan" untuk projek yang tak menjadi. Eheh! Masa lawatan ini lah aku macam "terkesima" melihat pemandangan yang betul-betul menarik. Jujur, aku langsung tak sangka ladang getah boleh menghasilkan pemandangan yang memang cantik.



Cantiknya Pokok Getah Di Musim LuruhCantiknya Pokok Getah Di Musim LuruhCantiknya Pokok Getah Di Musim LuruhCantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh

Subhanallah.

Entah lah. Susah mahu diterangkan. Aku memang sukakan keadaan semulajadi. Pokok-pokok, sungai, gunung-ganang. Memang tempat-tempat ni selalu dalam wish list aku kalau mahu melancong. Gambar-gambar yang ada ini tak dapat menggambarkan keadaan sebenar. Juga perasaan.

Dengan langit yang membiru, pokok-pokok getah yang daun-daun yang berwarna warni. Ada merah, hijau, kuning, oren. Ada jugak coklat. Ranting-ranting kayu yang membentuk corak-corak unik bila daun-daun tercabut dari tangkainya dan luruh ke bawah.

Subhanallah. Alhamdulillah. La Ilahaillah. Allahuakhbar.

Setiap kejadian Allah itu memang sangat indah. Masya-Allah.

Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh
Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh
Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh
Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh
Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh
Cantiknya Pokok Getah Di Musim Luruh







Reactions

Post a Comment

0 Comments