Cerita saya seekor kucing

January 21, 2011

gambar Taro sedang bercanda dengan adik Taro

Hai kawan-kawan. Nama saya Taro. Gambar kat atas ni gambar saya. Comel tak saya? Mesti lah comel. Hihihih! Umur saya baru 3 bulan, lebih kurang lah. Saya pun tak ingat tarikh lahir saya. Mak saya tak buat lagi saya punya MyCat. Dah siap nanti saya bagitau ye.

Meow. Meow. Meow.

Saya ni sebenarnya ada dua lagi kembar. Yang satu lagi nama dia Zearth. Pelik kan nama kami. Saya pun tak tau kenapa kami dapat nama ni. Tapi Taro suka dengan nama Taro. Bunyi unik. Tak macam adik beradik Taro yang lain. Nama klasik. Tompok la, Panjang la, Citam la, Belang la. Orang sekarang kata, kampung sangat! Hihihi!

Meow. Meow. Meow.

Eh! Taro lupa nak cakap. Kembar Taro satu lagi nama dia tak sempat nak bagi. Dia dah meninggal. Kesian dia. Kami semua kena sakit mata. Mula-mula si Zearth, lepas tu berjangkit kat Taro dengan kembar Taro satu lagi. Taro dengan Zearth sihat dah. Tapi kembar kami satu lagi tu terus jadi buta. Tak lalu makan. Lepas tu tiba-tiba je dah hilang. Mak cakap dia dah mati. Taro tak sempat nak jumpa dia. Entah apa lah nasib dia. Sedih Taro. Zearth pun sama. Semoga kembar kami tu berbahgia di alam sana.

Meow. Meow. Meow.

Ok lah. Tak nak lah sedih-sedih. Lagi pun Taro tak boleh lama-lama nak online ni. Taro nak pegi main-main dengan Zearth. Seronok. Kami main kejar-kejar, sorok-sorok, lawan-lawan. Kadang-kadang masa gurau-gurau tuh, Taro sakit kena gigit dengan Zearth, tapi Taro balas balik dengan cakar Taro yang tajam. Pastu Taro grip kepala dia kuat-kuat. Hahahaahha! Padan muka Zearth. Bila dia dah jerit-jerit mintak lepas tu, Taro  lepaskan lah. Pastu kami gelak kuat-kuat sambil guling-guling atas lantai. Hihihih! Biasa lah. Dah namanya bergurau. Dahtuh adik-beradik, tak main la sentap-sentap nih.

Kat bawah ni Taro tunjuk gambar kembar Taro si Zearth. Dia pun comel jugak. Comel macam bayang-bayang Taro. Hihihihihi!

kembar Taro, Zearth

You Might Also Like

3 comments

  1. semua nama ultraman bagai...hahahha..kalu ko ada anak kucing lagi dan nak nama...boley consult aku...ahahha..anak aku ada list nama keluarga ultraman..hehehhe

    ReplyDelete
  2. tak payah anak kau arnei.. anak2 aku pun dah cukup untuk jadi rujukan.. eheheh!

    ReplyDelete
  3. cian kucing tu kn penyakit mata.
    my cat nama dier citam, suker nama classic coz senang nk panggil. bdn dier mcm kucing hutan. taro tu cute lh :D

    ReplyDelete

Press

press