Cuti-cuti Langkawi - Hari 1

Bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi. Perjalanan lancar, Alhamdulillah. Kereta di lebuhraya pun tak banyak. Tapi polis memang ada di tempat-tempat tertentu. Mungkin musim cuti raya, polis trafik kena buat kerja lebih sikit.

Apapun, doanya tiada kamera polis yang ter"on" bilamana aku "ter"pecut lebih dari 110 km/j. Ehehehe!

Sampai di jeti Kuala Perlis sudah 1.30 pm. Ambil tiket feri jam dua petang, tapi sudahnya jam 2.30 petang feri baru bergerak. Bot baru, laut pula agak beralun. Jadi, bot pun agak "sopan" di atas laut.

Melenggang kangkung.

Sampai sahaja di jeti Kuah, kami terpandang satu bot mewah yang berlabuh bersebelahan. Aduh! Agak teruja. Sempat juga bergambar sekeping dua.

Bot mewah
Bot mewah di jeti Kuah, Langkawi

Sedar tak sedar, sudah jam 4 petang. Nasi lemak R&R Sungai Perak yang disantap pagi tadi sudah habis diserap menjadi lemak tepu. Patut lah lain macam gigilnya. Perut berdangdut minta diisi lagi. Terus teringat Laksa "Kaw" di Padang Mat Sirat.

Burrrrrrpppppp...

Dua bungkus laksa berjaya dilahap. Sekarang tersandar kekenyangan, sambil ditemani kipas angin. Mata memujuk supaya ditutup.

Zzzzzzz Zzzzzz Zzzzzz.

Huuuuuu....

Haaaaaaa...

Huuuuuuu...

"Bang! Oi bang! Jom gi pasar carik ikan!"

Adeh! Adinda kesayangan sudah mengerah tenaga. Hamba menurut perintah sahaja lah! :)



**********
Cuti-cuti Langkawi;






Reactions

Post a Comment

0 Comments