Cuti-cuti Langkawi - Hari 2

January 30, 2011

Hari kedua di kampung. Lepas Subuh "ter"tidur balik. Ehehehe! Aku kalau ikutkan dah jarang tidur balik lepas Subuh ni. Bila betul-betul penat selalunya jadi camtu lah. Penat memandu 500 km dalam masa 6 jam. Tambah-tambah pulak suasana kampung. Makin sedap lah tarik selimut.

Tapi Puan x tunjuk belas kasihan. Pukul 8 semua dah kena bangun.

"Jom! Siapa nak pegi mandi laut, bangun. Kalau tak, tinggal."

Jam 9, kami dah bentang tikar di Pantai Pasir Tengkorak.

Seronoknya!

You Might Also Like

0 comments

Press

press