Kampung sangat!

January 10, 2011

Aku agak bengkek bila orang kata aku kolot, kampung, ketinggalan zaman. Sampai aku kadang-kadang confuse, apa sebenar maksud kolot nih.

Aku tak join makan kat satu-satu tempat atas alasan was-was dengan kehalalannya, tapi kena cop tak reti makan western. Selera Melayu totok.

Kampung sangat.

Aku tak join birthday/house warming party yang majlisnya lebih kepada budaya yang lari dari norma Islam, katanya aku anti-sosial.

Kampung sangat.

Aku tak layan rancangan hiburan yang boleh kata 24 jam disiaran tv, orang kata berlagak alim. Tak update dengan status artis, kata aku ni menipu, mulut cakap tak, walhal tiap-tiap hari layan gosip artis.

Poyo sangat.

Aku tak setuju dengan rancangan realiti yang rata-ratanya mengarut, apa lagi di Malaysia rancangannya banyak merosakkan anak-anak Islam, katanya aku tak menghargai bakat anak bangsa.

Jumud sangat.

Oh! Pakaian dan gaya aku katanya macam orang tua. Pakai lah yang ranggi, baju jangan saiz XL, ambik saiz M. Body fit katanya, baru macho. Rambut yg ada uban nih, disuruhnya kaler hitam. Ini tak, gaya macam Indon Malaysia first time nak jalan KLCC.

Old-fashion sangat.


Aku percaya bukan aku sorang je ada perasaan macam ni. Aku ni pun bukan dari lahir terus "poyo" camni. Semakin usia meningkat, kesedaran tu pun sama mengembang.

Aku pun tak berapa nak paham. Aku bukannya perfect, aku bukannya nak berlagak alim. Benda yang memang tak betul dan aku rasa ada kekuatan untuk elakkan, dah tentu aku elakkan. Aku ada kekuatan untuk tak terjerumus, mestilah aku lari. Bodoh lah kalau aku ikut sama.

Jangan pulak ingat aku maksum. Aku ada jugak buat benda-benda yang tak betul. Jadi, jangan "cop" aku berlagak alim. Kalau kau doakan aku jadi alim, aku amin kan. :)

Yang peliknya, orang-orang yang suka mengecop nih, dalam masa yang sama mahukan kehidupan masyarakat yang lebih baik. Balik kepada norma Islam. Paling parah, ada yang mahukan anak-anak sendiri menjadi orang yang soleh-solehah.

Konfius. Bila ada yang mahukan perubahan, katanya kolot. Tapi, anak sendiri mahu digolongkan dalam golongan "kolot" nih.

Sudah-sudah lah mengarut. Eloknya kita duduk sama-sama, pikirkan yang terbaik untuk memajukan diri.

Kubur memang lain-lain. Tapi kalau kubur awak sebelah kubur saya kena gegar, kubur saya pun gegar juga.

Kau kata aku ni tak open-minded, tak ikut peredaran zaman. Aku kata kau lah yang tak open-minded, sebab budaya gila yang katanya mengikut peredaran zaman ni, orang zaman JAHILIAH dulu dah buat dah. :)

You Might Also Like

6 comments

  1. biar buruk di mata manusia tetapi cantik di 'mata' Allah

    ReplyDelete
  2. lu memang kampung beb..kampung tongah..kah kah

    ReplyDelete
  3. insya-allah, puan nono..

    inche salman, kampung tengah tu dalam kawasan Kuala Lumpur tawww... macam kampung baru gitu..

    ReplyDelete
  4. best gak jln2 kat blog ni. susah nyer nk jumper blog yg happy go lucky mcm ni. aper yg dickp memang betul. sbnrnyer org yg kater kolot tu lah yg kolot.

    ReplyDelete
  5. thanks syida... kalau bermenfaat, kita kongsi.. kalau melalut, sila tegur.. :)

    ReplyDelete
  6. ok, U r welcome. Sila2 lh berkunjung to my blog...n don't forget to be my follower, ok

    ReplyDelete

Press

press