Kesan facebook dalam hidup saya

January 14, 2011

Ketagihan dan kecanduan aku kat Facebook agak kronik. Kronik mengikut definasi aku. Semenjak dah ada Blackberry, aku senantiasa berkoneksi dengan FB nih. Kadang-kadang tu bukan ada apa pun, tapi mesti nak jugak bukak FB. Nak tau perkara terkini, emosi terkini, umpatan terkini dan juga berita sensasi negara.

Dinilai-nilai balik tahap keperluan aku kat FB nih, taklah penting sangat. Tak penting lansung, mungkin juga. Dan makin hari, makin jelas ketidakpentingan FB ni.

Betul. Dengan FB kita dapat jumpa balik kenalan lama. Akupun sempat berunion dengan kawan-kawan sekolah, melalui FB. Makin hari makin bertambah kawan. Tapi, itu lah. Takat "add" saja, bersembang tak jugak. Berhubung secara nyata tak jugak. Yang memang dah kenal pulak, ada ketika malas nak jumpa, dah jumpa kat FB cukuplah.

Ruang peribadi pulak rasanya makin lama makan hilang. Semua cerita peribadi makin tersebar. Sudah mula pupus nilai-nilai eksklusif. Ada kawan-kawan yang bergaduh suami isteri, bercerai pun update kat FB. Haih!

FB menjadi ruang untuk mengajar individu menjadi attention seeker. Kan?

Aku nilai diri sendiri. Apa perlunya FB? Kalau perlu, aku kena tahu apa batasnya. Macam mana aku nak gunakan FB untuk memperbaiki diri, bukan untuk menjaja diri. Macam mana nak kembalikan nilai eksklusif? Macam mana nak segarkan kembali rasa malu?

Senang cakap, susah nak implement. Tapi Insya-allah, yang penting mesti ada permulaan. Kalau takat mengayat, takde action memang poyo. Gambar-gambar di FB aku dah keluarkan. Sikit sikit. Mungkin lepas ni gambar-gambar tertentu saja ada di FB.

Waktu untuk ber FB kalau boleh di luar waktu pejabat. Ini agak susah, tapi untuk permulaan aku akan cuba "berpuasa" 7 hari. Ada kawan pakat nak buat sama, tu yg ada semangat sikit.

FB ada kebaikannya. Cuma tak dipergunakan sebaik mungkin. Dalam tempoh "berpuasa" nanti, itulah masa terbaik untuk menilai keperluan FB.

Dengan ini saya mengumumkan pengunduran diri dari FB selama 7 hari, bermula dari hari Sabtu, 15/1/11 sampai Jumaat, 21/1/11 jam 12 malam.

Sokong lah saya.

You Might Also Like

6 comments

  1. aku sokong ko...aku pon pernah puasa FB...lama gak laa..bila aku tight ngan project... bottom line..mmg FB tak berapa penting pon... penting tu ada ... cuma just know where to draw the line la bro...aku mmg dah lama tak update status, upload gamba lagi laaaa...heheheh.. cuma ada la komen sana sini skit2...chaiyok..u can do it

    ReplyDelete
  2. arnei, kalau sibuk ngan kerja ok. kau dah divert attention on works. ni aku nih, tension takleh buat kerja, FB la aku carik. Tgh buat saham semula jadi pun boleh berFB.. camana? ahahahah!

    insya-allah, nekad... lepas 7 hari kena ada strategi baru berFB.. :)

    ReplyDelete
  3. saya sokong en sgarul. saya pon dah delete album dalam tu. kesedaran timbul apabila membaca dosa-dosa facebook pada zaharuddin.blogspot. tinggal album pokok je ;-)

    kita meriahkan blog kita sendiri dah cukup rasanya..

    ReplyDelete
  4. betul puan nono... saya pun bukannya tolak in total FB.. masih berFB tapi mahu lebih berhemah..

    yee.. update blog yang tak laku ni jugak bagus.. ahahahah!

    anyway, terima kasih atas sokongan puan nono dan puan arnei.. :)

    ReplyDelete
  5. layan FBML la..byk benda boley buat. ehehe

    ReplyDelete
  6. saya dah guna dah FBML.. sila ke petai.net.. eheheh! tak habis explore lagi.. guna function basic je dulu..

    ReplyDelete

Press

press