Nur Hanis dah sekolah!

January 03, 2011


Huuuu.. Pejam celik pejam celik, anak saya yang ketiga dah pun mula sekolah hari ni. Yang ketiga, buat masa ni yang terakhir. Maksudnya, semua anak saya dah pun bersekolah.

Cepat betul masa berlalu.

Hari ni, Hanis si bongsu dah ke Taska. Satu sekolah dengan kakak dia. Aku ni masih dalam mood penafian kot, cam payah je nak terima dia dah masuk sekolah. Umur dah 4 tahun. Huuu.. Cepatnya anak-anak membesar, walaupun depan mata tiap hari tapi macam tak perasan.

Hari ni tak dapat hantar adik ngan kakak. Abah kena hantar abang dulu. Abang pun first day sekolah agama. Nak monitor sikit. Abang habis pukul 10.30, adik ngan kakak habis pukul 12. Ingat nak singgah lepas abang dah balik, tapi ummi update hari ni sekolah adik sampai pukul 10 je. Huu..

Takpe lah adik. Abah ucapkan Good Luck. Final exam nanti score 20A ye!

You Might Also Like

1 comments

  1. KPI najwa dah kami set. kita lawan kumpul A ya!

    ReplyDelete

Press

press