Tujuh hari tanpa facebook

January 23, 2011

Tujuh hari tanpa facebook dan saya berjaya!

Tahniah!

Untuk meraikan kejayaan ini, saya akan bercuti di Bali bersama Pashah Sendat. Diharap tidak ada soalan berkaitan pakaian apa kami nak pakai di sana kelak. Itu hak peribadi.

Ahahaah! Selingan sengal skit. Ada orang forward kat aku citer/gambar artis kat email. Aku pun "teruja" nak kongsi. Ahahaha! Tapi maaf, gambar yang disertakan terlalu peribadi untuk saya kongsikan dengan khalayak. Sila hormati privasi artis itu.

Wahahaha waargghhh tui!

Ok. Balik kepada tajuk asal. :)

Dari segi tempoh berpantang, aku berjaya. Aku rasa sekejap je pun 7 hari ni. Tapi yang sebenarnya nak dinilai, bukan lah tempoh masa pengasingan. Macam yang aku sebut sebelum ni, aku perlu nilai balik tahap keperluan aku kat facebook.

Aku rumuskan (berdasarkan perbincangan dengan kawan);

1- FB memang mengajar orang menjadi attention seeker, terutamanya untuk orang-orang yang sememangnya LOA (lack of attention). Kenapa aku cakap macam tu, sebabnya fungsi-fungsi dalam FB tu sendiri. Camni lah. Kau saja letak status "panasnya hari ni". Tak sampai seminit, kau dapat respon. Ada orang komen, ada orang "like". Pastu kau tukar status "panas2 ni best kalau dapat makan ABC". Lagi bertalu-talu komen dan "like" yang kau dapat. Walhal kau letak status tu, untuk suka-suka. Tapi dapat pulak respon dari kawan-kawan. Kau jadi seronok. Start dari hari tu, kau mula lah pikir apa status yang boleh mendapat komen/like. Kalau ini terjadi, kompom kau memang attention seeker. Kekurangan kasih sayang lah tu.

2- FB melalaikan, menyebabkan fokus lari. Untuk aku sendiri, waktu solat Insya-allah masih dalam waktunya. Tapi bila ber FB dalam waktu kerja, memang kacau. Tumpuan pada kerja agak tempang. Sikit-sikit refresh. Kebulur nak tau update. Tu nasib baik aku dah berenti main game Farmville, Restaurant City, etc. Kalau tak tu selang berapa minit nak kena login, nak tuai tanaman la, nak hidang masakan la, nak gi perang konon-konon mahfia lah. Perang mafia kunun. Kena gertak ngan buluh runcing Indon dah mencicit lari. Ahahahaha!

3- FB "disalahgunakan". Kita tak pandai merebut peluang. Kita tau FB ramai pengikut. Patutnya ini lah peluang yang patut digunakan untuk menyampai perkara yang baik, perkara bermenafaat, sebab FB memang medium yang terbaik nak sampaikan maklumat dengan segera. Kongsikan ilmu, berita atau apa-apa yang berbaloi untuk dikongsi. Macam aku, sibuk nak kongsi pasal politik, walhal org politik enjoy je sama-sama dorang main sep sep sep tom tom tom. Tak ke mana pun. Lagi elok kongsikan resipi masakan ke, tips melancong ke, inspiring stories ke. Yang paling aku tak tahan, orang "kongsi" kejayaan MLM. Oh tidak! Orang Melayu je suka MLM. Cara mudah nak dapat duit katanya. Dia nampak mudah je, cara dapat duit tu pernah kaji?

4- FB tempat terbaik untuk brainstorm idea, dapatkan maklumat. Contoh, tanya je lah as simple as "hotel apa best kat PD". Bertalu lah respon yang kau dapat. Tapi, kalau tanya lah yang ilmiah sikit, macam "perlukah sistem pendidikan di Malaysia di ubah?". Hah! Mungkin ada, mungkin takde komen. Ada pulak katanya nanti FB tempat untuk bergumbira, bincang topik serius ni pergi parlimen je la. Gulp!


Tu lah antara yang sempat dibincangkan. Banyak lagi yang boleh diperpanjangkan. Cukuplah ni dulu yang diperkongsikan. Ini pun lebih kepada peringatan diri sendiri. Jangan pulak ada yang terasa hati, ini hanya pandangan peribadi.

Setakat 2 hari lepas dari tempoh berpantang FB, aku masih boleh bertahan dari buat any posting. Login, browse through and found out nothing different compared to my last visit.

Mungkin lepas ni boleh consider tinggalkan terus FB? Ahahaha! Bak kata sorang sahabat tu, saya akan menjadi semakin anti sosial lah nampak gaya. Eheheh!

You Might Also Like

1 comments

  1. tahniah. saya amat bersetuju dengan kenyataan en sgarul :-)

    ReplyDelete

Press

press