Ayat-ayat Ceria

February 21, 2011

Anak-anak. Susun atur perkataan yang diluahkan selalunya merujuk kepada percakapan orang-orang di sekeliling. Kalau pelat, itu biasa. Yang dewasa turut pelat, itu namanya nak merosakkan. Patutnya berbuallah menggunakan bahasa yang betul.

Anak-anak saya juga ada melalui fasa pelat. Perkataan-perkataan yang lebih dari 2 suku kata, memang selalu "dipelatkan".

Pelat itu satu fasa.

Hanis, si kecik masih pelat. Ayat-ayat pelat beliau selalu menjadi modal untuk kami bergaduh. Biasalah. Kalau dah tak paham, mula lah menyakat. Seronok dia lain macam dapat buli anak nih. Ahahaha!

Tapi, dalam pelat, terselit jugak perkataan/ ayat-ayat yang tak dijangka keluar dari budak-budak yang umurnya 4, 6 dan 8 tahun.

Ayat 1
"Adik, abah nak sayang adik boleh?"
"Hmmm... Nanti adik FIKIR dulu"

Ayat 2
"Abah, kita nak pegi mana ni?", tanya si bongsu.
"Adik rasa kita nak pegi mana?"
"Hmmmm... Kalau pergi mandi laut, TAK MUNGKIN. Kalau pegi main bowling, TAK MUNGKIN..."

Ayat 3
Masa mandi di pantai, si sulung tiba-tiba diam, pastu dengan muka serius, "Abah, abang rasa ada SESUATU dekat kaki abang".

Ayat 4
Dalam kereta, dalam perjalanan ke rumah dari rumah nenek, "Abah, sekejap nya pegi rumah nenek. Boleh tak kita tinggal kat rumah nenek SELAMA-LAMANYA?"

Ayat 5
"Abah, nama ustaz yang ajar kakak ngaji tu siapa?"
"Ustaz Nik. Kenapa?"
"Comel. Kakak suka. Kakak nak kawin dengan ustaz tu lah"


Ohhh! Bagaimana harus saya berreaksi? Kelakar, tapi risau pun ada.


Ayat-ayat Ceria.


Ayat-ayat ASTRO Ceria yang sebenarnya!

You Might Also Like

0 comments

Press

press