Cuti-cuti Langkawi - Hari 3 & 4

February 01, 2011

Sekejap betul dah hari keempat. Program cuti-cuti sesuka hati bakal berakhir lagi 3 hari. Masih ada agenda dan aktiviti yang berbaki. Duit yang tak seberapa nak ada dalam wallet ni pun makin hari makin mengempis.

Tapi, cuti tetap cuti. Padah dan akibatnya tanggung kemudian. Sekarang, masa untuk bergembira bersama keluarga. Bajet walaupun lari, masih lagi dalam kawalan. Insya-allah.

Hari ketiga aktiviti bermula petang. Tempat pertama, Taman Burung. Jangan lah nak dibanding dengan Taman Burung di Kuala Lumpur. Sangat lah kejam jika Taman Burung KL dijadikan penanda aras.

Bayaran untuk mereka yang boleh bercakap Melayu/bahasa Malaysia dengan lancar, RM 12 dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Walaupun harga tu katanya untuk mereka yang ber Mykad dan Mykid, inisiatif untuk memeriksa untuk pengesahan langsung tak dibuat penjual tiket. Cukup kalau boleh dibuktikan dengan kebolehan bercakap bahasa Melayu, aku rasa.

Ruang utama nak ke pintu masuk agak malap. Tak ceria. Aku rasa cam nak masuk kedai basikal pun ada. Sudah mula ada rasa sesal, tapi tujuan utama nak ke sini sebab nak bawak anak-anak. Semuanya muka dah excited.

Not bad. Bila dah masuk ke dalam, tak lah mengecewakan sangat. Bila anak-anak dah pandai membaca, penerangan pasal binatang tak menjadi susah. Masing-masing pulak, jadi berani nak hulur makanan kat binatang-binatang yang ada. Paling seronok, lepas dah habis melawat, kakak Hanim cakap,

"Seronoknya hari ni. Terima kasih abah"

Eheh! Apa yang kurang pada Taman Burung tadi, semua dipandang sebelah mata bila anak-anak seronok dan puas.

Perjalanan seterusnya ke pantai Tanjung Rhu. Bergambar. Tak ada aktiviti yang spesifik.

Sama jugak bila ke Pantai Pasir Hitam. Saja mau cecah kaki kat situ, dah 8 tahun berulang-alik ke Langkawi ni tak pernah sekali pun ke sini. Mau tau jugak apa sejarah Pantai Pasir Hitam ni.

Memang letih. Tapi anak-anak seronok. Itu yang penting.


Hari keempat
Sama macam semalam, aktiviti bermula petang. Selesai makan tengah hari ngan solat Zohor, enjin kelisa Tok Wan Nan mengaum.

Hala pertama ke Kota Mahsuri. Kota Mahsuri ye, bukan Makam Mahsuri. Jauh sangat bezanya tempat ni banding kali terakhir aku datang dulu. Kalau dulu takat ada "makam" ngan rumah Mahsuri, kali ni ada macam-macam. Muzium, kedai-kedai, mini zoo. Berbaloi lah RM 5 untuk dewasa, RM 2.50 untuk budak sekolah ngan RM 1 untuk kanak-kanak.

Kelakar jugak bila teringatkan kerenah anak-anak. Bila ditanya kat si bongsu, kita nak ke mana. Kata dia,

"Kita nak pegi umah pin pom!"

Ahahaha! Penangan Magika. Dialog pertama Mahsuri dalam cerita tu kan "pim pong.. Pim pong". Jadi bila aku cakap kat anak-anak kita nak ke rumah Mahsuri yang dalam cerita Magika tu, tu yang jadi "nak pegi rumah pim pong" tu. Si Hanis jadi excited dalam takut. Excited nak jumpa Mahsuri, takut nak jumpa "atuk" Mahsuri, sebab Tok Wan Hanis cakap atuk Mahsuri tu garang. Ahahaha!

Habis bergambar, kami ke Buffalo Park. Takde lah menarik sangat. Tapi budak-budak tetap happy sebab dapat bagi kerbau dalam kandang makan rumput. Rajin la berulang bagi kerbau-kerbau tu makan. Aku rasa semua kerbau dalam kandang tu merasa makan rumput. Lepas tu sempat lah merasa makan produk kerbau. Aku tak lalu. Aroma "segar" dari kandang buat tekak aku kembang nak makan apa pun.

Eheheh!

Penutup hari ni, kami berendam kat Pantai Chenang. Eheheh! Apa lagi kalau balik Langkawi ni, mandi laut dah jadi aktivit wajib.

You Might Also Like

0 comments

Press

press