Thursday, 10 February 2011

thumbnail

Dari Gombak ke Bintaro

Penat bercuti di Langkawi masih belum hilang.

Balik dari Langkawi, berpeluh jerih mengemas tanah runtuh di belakang rumah.

Selang sehari, sudah terbang ke Bintaro!

Penat. Penat banget!

Hari ini sudah masuk hari ke-3. Patutnya jam 7 malam nanti dah terbang balik ke Malaysia. Tapi, sebagai kuli yang kerjanya makan gaji, arahan tetap dipatuhi. Perlu selesaikan segala tugas yang patut diselesaikan, tak boleh bertangguh lagi. Balik Malaysia, cuci tangan.

Bukan tak mau. Bukan tak sudi. Tapi esok hari jadi yang tersayang. Mana pernah lagi hari jadi tak bersambut bersama. Walaupun takde keraian, bersama pada hari kelahiran memang tak pernah terlepas.

Maaf lah ye puan. :(

Saya menanggung rindu yang amat pada puan, pada anak-anak. Nasib baik ada video dan gambar di harpe menjadi peneman.


Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL, Nyambung Teruuusss...!

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

About

Saya juga menulis untuk beberapa blog yang lain dan semuanya dihimpunkan dalam blog utama di http://www.sharulnizam.com