Penat, tanah runtuh, Jakarta dan ulang tahun!

Penat bercuti di Langkawi masih belum hilang.

Tambah pulak dengan penat memunggah tanah runtuh kat belakang rumah. Dengan hingus meleleh, panas terik matahari, tanah tebing runtuh yg basah, bau longkang yang meloyakan, tayar "lori" yang kempis tak berangin, memang kombinasi terbaik untuk "berehat" sehari sebelum masuk kerja.

Belum sempat nak bermanja-manja dengan suasana rumah yang dah seminggu ditinggalkan, esok pulak dah nak terbang ke Jakarta 3 hari. Urusan kerja.

Argghhhhhh!!

Penat! Tambah pulak hari jadi isteri tersayang betul-betul sehari lepas sampai ke Malaysia. Mahu meraikan, takut badan yang makin kopam ni tak terlarat. Tapi, itu semua alasan.

Untuk yang tersayang, ini lah masa untuk meraikan. Mahu yang istimewa kali ini. Hadiah ribu-ribuan tak ada, tapi hadiah rindu-rinduan tetap segar sepanjang masa.

:)





Reactions

Post a Comment

0 Comments