Fotomoto di Pusat Sains Negara

Roaarrr!!!!
Kalau berjalan ke mana-mana, kamera memang tak tinggal. Kalau tempat tu dah berulang kali pegi, barulah DSLR antik saya tidak diperlukan bakti. Cukup lah kamera di telefon menjalankan tugas. Takpun, abang Haris sudah terlatih bermain kamera kompak. Biar dia je yang berseronok berfotomoto. Boleh abah ngan umi berfotogedik sekali sekala.

Ke Pusat Sains Negara, bagi tukang ketik kamera tegar seperti saya, pasti lah DSLR menjadi satu item yang wajib untuk dijinjing. Nampak profesional, kata orang. Tapi,apakan daya. DSLR antik saya memilih hari ini untuk menunjuk perangai. Geram saya dibuatnya. Entah apa puncanya, sekejap elok sekejap tak.

"Kita bakor, je.. kita bakor je kamera tu!", jerit hati kecil saya.

Ibarat merancang membeli kereta baru, pesan orang tua jangan disebut-sebut masa dalam kereta lama. Kereta tu katanya ada "perasaan". Ada lah perangai yang dibuatnya nanti. Mungkin itu lah juga yang berlaku pada diri kamera antik saya itu. Sentap. Memang teruk kalau barang antik ni merajuk. Terasa hati lah tuh, bila saya berura-ura nak mencari pengganti.

Benci!

Merajuk lah. Takde masa nak pujuk. Mereputlah kau di sudut dinding itu!

Nasib baik ada kamera telefon yang profesional. Walaupun kualiti tak seberapa, cukup lah sekadar untuk memahat kenangan di sanubari. Ahaahahha!












Reactions

Post a Comment

0 Comments