Kehilangan kucing yang misterius.

March 28, 2011

Kami ada seekor kucing. Kucing angkat. Kucing peliharaan kakak di sebelah rumah, yang selalu menumpang kasih di rumah kami terutamanya waktu-waktu makan. Nama kucing ni, Gemok. Atau Momok. Atau Cimomok. Dari nama-nama tuh, rasanya boleh diagak kenapa gelaran sedemikian diberi kepada kucing tersebut.

Ya. Kucing itu memang gemuk. Atau bahasa sopannya, gebu.

Adik Hanis dengan Cimomok masa kecik


Sejak kecik lagi Momok dah bermanja dengan keluarga kami. Momok pun jinak, bila balik kerja ke, balik dari outing ke, sampai je kami ke rumah Momok dah kejar nak bermanja. Kalau dengan umminya, tiap kali balik kerja dah mengiau nak masuk rumah, nak "tolong" masak di dapur. Anak-anak bergilir-gilir nak menguli gemuk, sampai kadang-kadang bergaduh siapa yang patut dapat giliran dulu. 

Cimomok memang dah jadi sebahagian dari rutin kami.

Tapi, sekarang Momok dah tak ada. Hilang. Hilang bersama kembarnya si Belang, hilang bersama maknya si Panjang. Adik Gemok yang baru umur 2 bulan pun dah hilang. Nak kata kena makan ngan anjing, mustahil sampai 4 ekor sekali. Nak kata lari dari rumah, takde pulak nampak sebarang sebab yang jelas dan kukuh. Kami simpulkan, Gemok dilarikan orang!

Sedih. Kucing pun kena kidnap. Minggu lepas, kucing kakak ipar pulak hilang tak terkesan. Kaler oren lak tuh.

Semuanya hilang. Siapa lah pencopet yang sengal itu?

Gemok, Belang dan Mimi. Sekarang tinggal Mimi je.


Gemok. Kalau Gemok ada baca blog ni, Gemok baliklah. Abah, Ummi, Abang Haris, Kakak Hanim ngan Adik Hanis semua rindu sama Gemok.

Huuuuuu....

You Might Also Like

0 comments

Press

press