Sumpah

April 29, 2011

"Siapa yang rosakkan basikal aku?"
"Bukan aku!"
"Betul?"
"Betul!"
"Sumpah?"
"Sumpah!"

Kejadian berlaku sekitar tahun 80-an. Masa umur gua baru nak mencecah 2 angka. Biasalah budak-budak, bila bergaduh, sikit-sikit sumpah. Nak carik bukti memang susah, so penyelesaiannya dengan bersumpah.Tapi sumpah nya macam tu je lah, bersumpah takat sebut "sumpah". Untuk kes-kes yang agak ekstrem, yang tertuduh/bersumpah akan menyebut, "Sumpah! Kalau aku tipu kena makan sesumpah!".

Lepas tu kawan balik. Tiga jam lepas tu, ada perakuan sumpah yang lain pulak. Budak-budak.



Sumpah Moden

"Ngaku la, aku nampak kau rosakkan anak orang tu!"
"Kau tipu!"
"Aku nampak, nanti aku sumpah laknat kat Masjid. Kau pun sumpah jugak kau tak buat"

Kejadian berlaku tahun 2000-an. Masih di Malaysia. Budaya sumpah masa kecik dulu, masih tak hilang ditelan zaman. Adat terpelihara katanya. Masih teramal kukuh, sumpah dijadikan pengesahan tanpa mengambil kira bukti-bukti yang boleh menjelaskan kebenaran tuduhan.

Macam zaman budak-budak dulu.

You Might Also Like

1 comments

Press

press