Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor

Baru-baru ini kami ke Kuala Selangor. Jalan-jalan cari makan. Lagi pun mahu "meraikan" adik ipar yang baru selesai latihan industri. Sebelum pulang ke kampung untuk bercuti, kami berpakat adik-beradik mahu meraikan sambil berjalan-jalan.

Kami memiilih Aroma Ikan Bakar, disebabkan hanya ini sahaja restoran Muslim yang selalu dicadangkan jika mahu ke Kuala Selangor. Kebanyakkan restoran seafood yang ada di Kuala Selangor (berdasarkan carian google) pemiliknya adalah Non-Muslim.

Makanan ini, menjadi darah daging. Jadi haruslah hati-hati memilih.

Disebabkan kami terlambat untuk membuat tempahan, kami nekad untuk terus walk-in. Waktu yang dibenarkan, pukul 4-5 petang. Jam 6 ke atas, untuk yang sudah membuat tempahan sahaja yang dibenarkan.

Untuk tempahan, boleh cuba hubungi nombor ini; 017-3163117

Cukup sudah berbicara. Amboi! Ehehehe! Sila lah nikmati hidangan (pandangan) yang berkolestrol tinggi ini dengan rakusnya. Ehehehe!

Butter Prawn
Butter Prawn
Ketam Masak Cili
Ketam Masak Cili
Ikan Kerapu Bakar
Ikan Kerapu
Ikan Gerut Bakar
Ikan Gerut
Sotong goreng tepung
Sotong goreng Tepung
Kailan Ikan Masin
Kailan Ikan Masin
+ tomyam sayur semangkuk
+ fresh orange jug besar
+ watermelon jug kecik

Total? RM 170.70. Ok lah. Agak berpatutan.


Nilaian (berdasarkan pandangan peribadi);
Lokasi - 4 bintang
Harga - 4 bintang
Kemudahan (tandas, surau, etc) - 3 bintang
Masakan - 3 1/2 bintang


Cubalah.

***************************
Kemaskini pada 17 April 2014

Peta untuk ke Aroma Ikan Bakar







Reactions

Post a Comment

0 Comments