Jangan gelakkkan kalau gua menangis

May 23, 2011

Dah 2 kali gua ulang ke bilik air kat opis pagi ni. Bukan sebab "panggilan alam", tapi sebab nak basuh muka. Nak cover kesan menangis.

Over, kan?

Tapi gua menangis bukan sebab peserta mentor tersingkir. Bukan sebab pelajar akademi fantasia-sia diundi keluar. Bukan. Dan tak akan sekali air mata gua akan keluar untuk program-program perosak umat nih.

Tapi gua menangis, sunggoh-sunggoh. Gua baca surat khabar (online), gua baca blog. Gua baca kisah kejadian malang yang menimpa anak-anak yatim di Hulu Langat yang ditimbus tanah. Anak-anak yatim dan pekerja pusat anak yatim. 16 orang semuanya.

Inna lillahi wa inna illaihi raji'un

Gua sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa. Anak yatim, umur baru belasan tahun. Yang paling muda umur 8 tahun, sebaya anak gua. Itu yang buat gua betul-betul terasa hati. Sedih.

Tapi takat bersedih, tak kemana jugak.

Buat masa ni, jom kita sedekahkan Al-Fatihah.


Gua nak ke bilik air sekali lagi. :(

You Might Also Like

0 comments

Press

press