Petai

May 11, 2011

Kakak Hanim sejak 2-3 minggu ni rajin pulak "baca" kamus bergambar dia. Walhal buku tu dah lama beli. Mungkin sebab dia dah pandai baca, tu yang dia jadi rajin tu. Dalam buku kamus tu, ada lah tunjuk jenis-jenis haiwan, tumbuhan, sayur-sayuran. Lepas tu, bila kakak Hanim nampak benda yang sama macam dalam kamus dia, sibuk lah dia belek kamus tu nak cari apa nama dia. Seronok jugak tengok dia macam tu, sambil-sambil tu dia boleh belajar bahasa inggeris.

Hari Sabtu, kami ke pasar Gombak nak sarapan pagi. Masa berjalan ke warung makan, Hanim teruja sebut nama-nama benda yang dia jumpa dalam kamus. Aku cakap kat dia, lepas makan kita pusing pasar, "tengok" kamus Hanim. Dan, objek pertama yang kami jumpa, ialah ini;



Aku pun tanya kakak Hanim.

"Ni sayur apa ni kakak?"

Dan, kakak Hanim pun dengan penuh keyakinan menjawab,

"Kacang Pis"


Bwahahahahahahahha!

You Might Also Like

0 comments

Press

press