Tiga Ringgit

May 07, 2011

Haris
Abang Haris di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik

"Ummi, abang nak tiga ringgit boleh?" 
"Nak buat apa duit banyak tu?" 
"Abang nak beli hadiah. Ada pengawas tu jual hadiah untuk Hari Ibu. Abang nak beli untuk ummi"

Heheheehe! Entah camana Haris dapat idea nak "celebrate" Hari Ibu ni, tak tau lah. Ikutkan, kami tak pernah pun nak sambut Hari Ibu ke, Hari Bapa ke. Hari jadi pun cam sambut tak sambut. Kui! Tiba-tiba je Haris mintak duit nak beli hadiah. Yang kelakar tu, mintak duit kat ummi dia nak beli hadiah untuk ummi jugak. Ehehehe!

Apapun, the thought thats count!

Rasa terharu bila Haris bersungguh nak beli hadiah nak kasi ummi dia. Dia sedar sendiri, tu yang priceless. Aku pun jeles jugak sebab anak-anak selalu "lebihkan" ummi dia. Dapat surat lah, itu lah. Abah dia je yang melopong tengok. Bila request baru lah dapat. Ye lah. Abah dia garang. :( Takpe lah. Selagi anak-anak bahagia, sayang kat mak bapak, aku happy.

Malam semalam Haris dah dapat dah hadiah yang dibeli. Tunjuk dah kat abah dia. Lepas tu siap sorok, tak mau adik-adik dia ngan ummi dia nampak. Hari Ahad baru nak bagi. Eheheheh! Aku pun naik excited tengok anak aku beria camtu sekali.

Seronok lah Ummi. :P

You Might Also Like

1 comments

  1. heheheh..ummi rasa sgt terharu dan bertuah dpt anak yg baik mcm haris..alhamdulillah...

    ReplyDelete

Press

press