Antara kasut dan sekolah, ada kaitannya.

June 27, 2011

Pagi tadi, lepas subuh baring malas-malas kat katil. Hari hujan pulak, memang syiok. Silap-silap boleh sambung berdengkur balik. Tapi aktiviti tidur balik lepas subuh nih, dah lama kena tinggal. Melainkan kalau betul-betul penat, sure terbongkang sampai pukul 8 - 9.

Tapi tidak untuk pagi ni.

Si bongsu, pun ada baring di sebelah. Yang sorang nih, memang dah tetap jadual bangun tidur tiap hari, time subuh tu dia dah berjaga dah. Jadi, sambil berbaring-baring, bergolek-golek, sempat lah menyembang.

"Adik, hari ni adik kena pakai kasut ke, selipar je pergi sekolah?"

Sekolah Hanis tengah sibuk nak berlatih untuk hari sukan. Cikgu dah pesan suruh pakai kasut sebab ada aktiviti luar kelas.

"Anish lupa lah cikgu cakap apa. Kena pakai kasut ke, selipar?"

Diam.

"Takyah pegi sekolah lah abah. Anish tak ingat lah".

Bertuah!

You Might Also Like

0 comments

Press

press