Hari Sukan Abang Haris

June 30, 2011

Hari Sukan datang lagi! Abang Haris awal-awal lagi dah tanya, "abah ngan ummi datang tak tengok abang sukan?". Macam biasa, kena lah main-mainkan dulu. Saja. Nak tengok reaksi anak bila kita kata kita tak nak datang. :)

Haris sentap.

Tau sangat lah tuh, sebab tahun lepas abah dia sorang je yang datang tengok dia bersukan. Ummi tinggal kat rumah nak jaga adik yang tak sihat. Dah lah tuh, kalah pulak. Dah kalah, abah dia ajak balik awal pulak. Hari sukan patutnya seronok, tapi Haris tak seronok.

Lepas tu, abang Haris pergi pulak hari sukan tadika kakak Hanim. Seronok. Grand. Buat kan stadium lagi. Kakak Hanim masuk kawad lagi. Abang Haris jeles, sampai abang Haris cakap kat ummi dia, "abang nak sekolah kat sini jugak lah!".

Ehehehe! Kesian abang. Anak sulung selalu jadi mangsa eksperimen.

Tapi, abah ngan ummi tetap sokong abang Haris. Hari sukan abang Haris, semuanya datang. Abah, Ummi, Kakak Hanim, Adik Hanis. Semua datang nak sokong abang. Abah pun siap pesan kat kakak ngan adik, bila abang lari nanti kita jerit kuat-kuat panggil abang. Nak bagi semangat.

Abang lari memang laju. Dalam kumpulan abang, abang lari yang last sekali, tapi abang tetap laju. Abah ngan ummi pun tak sangka abang boleh lari laju macam tuh. Hebat! Nanti abang boleh masuk lumba lari, bila dah darjah 4 nanti. Takpe lah bang. Kalah sekali bukan kalah terus. Tahun depan cuba lagi.


Abang hebat!

You Might Also Like

0 comments

Press

press