Misi Pinggang Ramping

June 09, 2011

Misi? Pinggang ramping?

Wow!

Kalau ikut bahasa orang dulu-dulu, "misi" tu bersamaan dengan jururawat. Yang kerja kat hospital tu. Yang pakai baju putih tuh. Yang garang, yang manis, yang comel, yang emo. Yang itu lah.

Itu bahasa orang dulu. Bahasa zaman-zaman abah, zaman-zaman mak.

Zaman sekarang, misi tu sebenarnya terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris, "mission". Nak kata terjemahan pun macam tak kena, sebab aku rasa "misi" tu lebih kepada bahasa inggeris yang dimelayukan. Kalau terjemahan, bahasa Melayu dah ada perkataannya sendiri yang sama maksud dengan "mission".

Errr... biar lah orang Dewan Bahasa yang pening kepala terjemah. Google Translate pun kata "mission" itu "misi", payah lah sikit nak bantah. :)

Jadinya, apa dia sebenarnya Misi Pinggang Ramping?

Ikut terjemahan aku, tu sebenarnya cita-cita. Hala tuju. Ye, aku bercita-cita untuk berpinggang ramping. Bergetah, orang kata. Mahu mempunyai tubuh badan yang solid molid, mahu badan yang tidak bershapekan tempayan. Aku mahu lemak-lemak tepu kat badan ni disingkir, dinyahkan secara total. Kalau boleh, kalau jadi ke Gambang nak ber reunion hujung tahun ni nanti, aku nak mandi kolam topless, biar Puan Kamilah risau tengok lakinya merenyam sakan.

Bwahahahahahahahahahh!

Okay tak aku punya nawaitu?

Bwahahahahahahah!

You Might Also Like

1 comments

Press

press