TGONTG

June 24, 2011

Hari Rabu lepas, dalam group geng sekolah menengah di facebook, ada yang bertanya perihal berkaitan bekerja sebagai lecturer. Katanya sudah bosan bekerja line marketing, mahu beralih ke bidang pendidikan. Minatnya ada, cuma masih kabur dengan cara.

Aku berminat. Aku follow semua reply yang ada. Reply yang kebanyakkannya dari lecturer jugak.

Topik tu macam buat aku recall balik aku punya plan dalam berkarier. Dulu aku ada buat hala tuju (perancangan) dalam berkerjaya. Ada jugak plan untuk berbisnes sendiri, tak mau makan gaji. Konon-kononnya lah. Tapi semenjak kes hidup tunggang langgang bermula tahun 2007, plan aku hancus. Kerja jadi tak stabil, memanjang TGONTG. Semenjak tahun tu, aku lebih kepada mencari kerja untuk pastikan makan pakai kami sekeluarga ada. Cukup untuk tanggung perbelanjaan hidup, pastu sikit banyak dapat menyimpan untuk masa depan. Tak lebih, tak kurang. Sampai lah sekarang.

Jadi, bila ada perbincangan pasal kerjaya sebagai pensyarah, aku macam baru bangun. Baru teringat aku dah ada Master, yang salah satu tujuan aku ambik sebab aku memang ada niat nak jadi lecturer.

Bukan tak suka dengan kerja sekarang. Tapi sampai bila nak mengadap mesin untuk buat kerja? Kepala pun dah penuh dengan uban. Letih mengadap PC tiap hari. Programming memang seronok, tapi sampai satu tahap jadi tepu jugak. Tambah-tambah kalau takde banyak perubahan. Cabaran kerja programming ni sama je, masa! Dari segi modul, fitur, melambak ada kat internet. Tinggal nak download, customize sikit banyak, siap! Kepuasan? Makin lama mula merosot.

Kenapa pulak nak beralih jadi pendidik? Entah lah. Bila aku ada dalam suasana kelas, aku seronok. Seronok bila teringat kena bangun pagi nak ke kelas, berjaga malam sebab nak siapkan kerja last minute, fotostat buku, binding assignment, pergi library, presentation, aktiviti dengan masyarakat dll. Best tuh!

Dari dulu lagi aku berminat nak masuk bidang pendidikan nih. Ingat lagi masa final year kat UUM, exam tak habis lagi tapi dah kalut ambik borang jadik cikgu. Merempit dalam hujan dari Sintok ke Jitra. Kalut isi borang. Tapi sudah-sudah tak hantar jugak. Masa tu pikir, dari jadi cikgu, elok terus jadi pensyarah. Alang-alang, kan. Tu yang kerja jadi programmer tuh. Bila dah bertahun, baru teringat nak cuba jadi pensyarah lagi. Tapi bila pikirkan gaji, lagi sekali kensel. Sama jugak lepas dah dapat Master, faktor gaji memang jadi penghalang utama. Kalau aku anak sorang, mungkin boleh gagah lagi. Tapi dah berderet 3 orang, susah sikit nak compromise bab gaji.

Ada terpikir nak cuba apply kat mana-mana IPTA kat utara. Kalau gaji kurang sekali pun, kos hidup tak tinggi kat belah utara ni. Jadi, sikit banyak masalah gaji dah boleh diketepikan. Tapi, itu untuk aku. Untuk bini, tak tentu lagi dia minat nak jadi lecturer. Untuk dia cari kerja kat sana pulak, dah satu hal. Boleh je kalau nak berhenti dari kerja kerajaan masuk swasta, tapi ada ke peluang tu? Anak-anak pulak, senang tak nak dapat pendidikan yang levelnya dah kita sudah biasa? Mahu ke dorang pindah jauh dari Janda Baik, KLCC, Jaya Jusco? Mak bapak. Tu pun mesti jadi debat yang hebat tuh. Abah aku terutamanya, kalau boleh nak semua anak-anak dia duduk depan mata.

Entah lah. Banyak benda yang nak difikirkan. Benda macam ni nak kena istikharah. Nak kena betul-betul detailkan perancangan.

Masa untuk kemaskini balik rancangan kerjaya.

You Might Also Like

1 comments

Press

press