Harimau vs Singa

July 28, 2011

Harimau Malaya
Singa Selatan

Malam ni, pasukan negara Harimau Malaya akan bertarung dengan Singa Selatan buat kali kedua. Malaysia lawan Singapura. Dah tentu lah sokongan tak berbelah bagi kepada pasukan negara. Angin dia pun lain macam kali ni. Mana-mana orang sembang pasal perlawanan nih. Maklumlah, kalau ada rezeki boleh ke Piala Dunia. Perlawanan pertama dah kalah, tapi malam ni belum tentu lagi. Dengan sokongan yang tak berbelah bagi rakyat Malaysia, apa pun boleh terjadi. Tiket untuk ke stadium Bukit Jalil pun habis terjual. 85 000 tempat duduk, bukan sikit tuh.

Untuk penyokong, sokong lah pasukan negara sepenuh hati, seikhlas mungkin. Tak kisah lah kalah atau menang. Ni kang kalau kalah, ada je yang bagi komen lagi hebat dari orang pengadil. Pemain negara pun, sekurang-kurang nya bagi lah tentangan. Kalau kalah pun, biar bergaya.

Apa pun, all the best.

Harimau Boleh!

You Might Also Like

0 comments

Press

press