Pegawai Sukan

July 14, 2011

Sukan Tadika Amal
Adik dan kakak
Tadi cikgu sekolah kakak ngan adik telefon. Musykil jugak, sebab selalunya sekolah call kat ummi je kalau ada apa-apa hal. Risau jugak kot-kot ada yang tak kena. Mula lah terpikir yang bukan-bukan. Huuuu....

"Assalamualaikum. Ni ayahnya Nur Hanim ke?"

"Wa'alaikumsalam. Ya saya."

"Ni teacher Aina, dari sekolah tadika Amal"

"Ye cikgu. Ada apa tu?"

"Cam gini, saya ni ada hajat sikit"

Gulp! Gua dah saspen balik. Saspen memula tadi dah hilang, dah ganti dengan saspen yang baru. Ada hajat? Bab-bab ada hajat ni selalunya sinonim dengan bab meminang. Anakku mahu dipinang? Biar betul nih!

"Ni saya nak tanya, encik datang tak hari sukan Ahad ni?"

Tadika anak-anak aku ada hari sukan Ahad nih. Mana boleh tak pergi. Kakak ngan adik tiap hari kecoh sembang pasal latihan. Kakak pun dah terpilih untuk lead kawad nanti. Pakai gaun, kata kakak. Adik pulak, ini sukan dia yang pertama. Semenjak tengok kakak dia bersukan tahun lepas, dia memang menunggu-nunggu masa ni. Jadi, takkan lah aku tak pegi?

"Ya. Insya-allah saya datang. Kenapa cikgu?"

"Ohh! Takde.. Kami ni nak mintak tolong encik jadi pegawai sukan masa hari Ahad ni. Sebab setiap tadika perlu hantar 4 pegawai sukan, jadi kami perlukan seorang lagi. Itu pun kalau encik tak keberatan lah."

Pheewwwww! Ingat kan apa lah tadi. Dari berdebar, aku tergelak. Aku jadi pegawai sukan? Walhal, sukan dan aku sangat lah tak mesra. Ahahaha! Tapi jadi pegawai sukan untuk tadika, apa salahnya kan? Lagi pun, kalau aku participate, anak-anak mesti lagi seronok. Dah tanya sikit banyak, cikgu pun huraikan apa yang patut. Sudahnya, aku cakap setuju je.

Ahad ni, kena bersiap awal lah nampak gaya.

You Might Also Like

1 comments

  1. tahniah encik sgarul. dalam keramaian ibubapa Tadika Amal, anda sungguh bertuah dilantik menjadi pegawai sukan. tahniah sekali lagi!

    - majulah sukan untuk negara -

    ReplyDelete

Press

press