Abah, abah nak tau tak?

August 04, 2011


"Abah, abah nak tau tak?"

Itu memang style Haris. Kalau dia nak ceritakan satu-satu benda tu, mesti permulaan dialog dia "abah/ummi nak tau tak".

"Haa.. apa dia?"

Aku baru balik kerja, tak sempat lagi nak bukak kasut. Kalau ikutkan, nak je aku jawab "taknak tau lah", saja nak peleceh. Ehehehe! Menyakat anak memang seronok. Tapi tak sampai hati, bila tengok muka dia yang tengah excited tuh.

"Kat sekolah tadi, teacher Faridah cakap abang jadi ketua darjah. Izzat tu dah taknak jadi ketua darjah dah, pastu abang ganti"

Haris cakap terseengih-sengih. Hati berbunga-bunga. Saat macam ini, takde apa lagi yang diperlukan. Pujian.

"Waaaaa... abang hebat lah. Bagus lah tuh. Dah jadi ketua darjah, abang kena la tunjuk perangai yang baik".

Perbualan tamat. Haris dengan hati yang riang gembira pegi mandi. Aku pun mandi. Bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Lepas berbuka, masih di meja makan, Haris sambung lagi cerita hebat di sekolah tadi. Tak habis lagi rupanya.

"Abah, abah nak tau tak. Masa dalam kelas tu, cikgu tanya kat semua orang siapa nak jadi ketua kelas. Semua orang angkat tangan. Tapi teacher Faridah pilih abang. Sebab dia kata abang dalam kelas baik, tak buat bising, abang kemas, bersih. Baju abang masuk dalam, tak macam kawan abang tu baju dia terkeluar-keluar", Haris cerita sampai siap demo macam mana baju terkeluar dari dalam seluar.

Haris hebat. Tak jadi ketua kelas pun hebat. Tapi abang Haris memang hebat. Darjah dua dah jadi ketua darjah. Abah dulu umur 18 tahun baru merasa jadi ketua darjah.

Tahun 1995. Kelas 1B di Kolej MARA Kuala Nerang. Terbaek!

You Might Also Like

1 comments

  1. tahniah Haris. tahniah juga buat Abah & Umminya.

    ReplyDelete

Press

press