Akulah Raja itu

August 11, 2011

Semalam, sampai je rumah dari opis, kakak Hanim ngan adik Hanis macam biasa dah terpacul depan pintu. Walaupun takde teriakan "ye ye.. abah balik", tapi bila anak menunggu dan bukak kan pintu, itu dah cukup seronok.

Yang tak best tu, kadang-kadang dorang menunggu sebab nak mengadu. Keluar je dari kereta, salah sorang mula mengadu.

"Abah, tadi kan kakak buat muka kat anish"

"Abah, tadi kan adik tu tak nak dengar cakap ummi"

Macam-macam lah. Yang sorang kata itu, yang sorang kata ini. Kalau mood aku bagus, aku layan lah. Cuba dapatkan maklumat lengkap. Kalau tak tu, layan macam tak layan je.

"Iye?"

"Ok. Nanti abah potong kepala dia, kita masak gulai"

Tapi semalam lain. Hanis tak ada apa untuk diadu. Kakak Hanim pulak, hulur surat.

"Untuk Raja (Pandang Belakang)"

"Ini Raja (lepas tu buka surat)"

"Abah, kakak sayang abah selama-lamanya. Abah kan hensem. Kakak suka abah. Kakak nak tolong abah kemas barang-barang tau. Jangan lupa. I Love You Raja. Babai Raja"

Huuuu... terima kasih kakak. Hari ni abah nak buat kad untuk kakak jugak lah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press