Berjuang di bazar Ramadhan

August 19, 2011

Hai kau yang berpuasa
Kalau ke bazar Ramadhan,
Kalungkan mata kau dengan jilbab
Kerana bazar itu dunia pancaroba
Kau kan tersihir dengan keindahan gunung dan lurah
Tapi sebenarnya kau melangkah ke lembah dosa

Hai kau yang berpuasa
Kalau ke bazar Ramadhan
Lilitkan perutmu dengan rantai besi
Kerana di situ sang nafsu berkandang
Jangan dibelas pada dambaan dan rayuan
Itu adalah muslihat tinggalan syaitan!

Hai kau yang berpuasa
Sebelum kau ke bazar Ramadhan
Tataplah kitab, imbas lah ajaran
Fahamilah maksud sebenar akan tuntutan
Kau dipinta agar bersederhana
Kau diimbau mencari makna
Agar Ramadhan bukan sekadar lapar dan dahaga




*Huuuu... cubaan pertama berpuisi. Puisi ikut suka namanya nih

You Might Also Like

1 comments

Press

press