Buku Raya

August 17, 2011



Lunch tadi pegi The Curve. Saja, sebab bosan dok opis. Memang dah lama ada niat nak ke sana, nak ke MPH. Dah ngidam nak beli buku koleksi Andrea Hirata, penulis dari Indonesia. Semenjak menonton Laskar Pelangi hari tu, dah ada niat nak beli bukunya. Tapi sampai ke sudah tak beli jugak. Sampai lah 2 minggu lepas, bila ke MPH Wangsa Maju, nampak buku Sang Pemimpi. Terus rembat.

Memang best!

Tinggal satu je lagi buku penulis ni yang aku belum beli, Edensor. Takpe. Pelan-pelan kayuh. Dalam list aku ada banyak buku terbitan PTS yang aku nak beli. Dan, kalau ada masa aku ulas tiap buku yang aku dah baca.

Ohhh. Kalau nak beli buku terbitan PTS, beli terus kat kedai dia ataupun secara online. Ada diskaun, silap-silap ada free delivery. Visit http://www.bookcafe.com.my

You Might Also Like

0 comments

Press

press