Macam mana mau setel?

August 19, 2011

Untuk kebanyakan orang, ayat "macamana mau setel?" tu dah koman. Selalu sangat didengar, dan dah tau dah situasi yang macamana dialog tu akan berkumandang. Naif sangat lah kalau ada yang kata itu fitnah semata-mata. :)

Dan sekarang ni di Facebook, dah tersebar video klip "macamana mau setel" nih. Banyak jugak blog yang buat posting yang sama, dan rata-rata ayatnya sama, walaupun bahasa berlainan. Melihat komen-komen nya pulak, pun sama. Tak ada beza. Carut maki hina, semua ada. Benda ni dah lama jadi, sebelum zaman facebook wujud lagi. Tapi bila dah divideokan, jadi lah berita basi yang disensasikan. Kat youtube pun dah melambak. Search aja, jumpa lah nanti.

Jadi, tak ada yang baru.

Dan kes "macamana mau setel" ni selalu dikaitkan dengan rasuah. Orang yang mengutarakan dialog tu adalah si PEMINTA, dan yang mendengar tu MANGSA. Si Mangsa ni lah yang selalunya akan upload video rakaman kes "macamana mau setel" ni ke internet. Dikatalah macam-macam, menunjukkan betapa korupnya si Peminta melaksanakan tugas yang diamanahkan. Diapi-apikan lagi dengan komen-komen dari orang ramai, terutamanya yang pernah menjadi mangsa jugak sebelum tu.

Masih, tak ada yang baru.

Cumanya sebelum mencarut tak tentu hala, cuba sekali-sekali gunakan akal. Yang mencarut, memaki ni nampak kesalahan si Peminta je, tapi kesalahan si Mangsa sendiri berganda dari si Peminta. Tak percaya?

Pertama-tama, dah tentu si mangsa ditahan sebab melakukan kesalahan. Selalunya sebab speeding lah. Memang dah termaktub pemanduan melebihi had laju menyalahi undang-undang. Salah tetap salah. Tak ada tapi-tapi. Bukan tak ada peringatan kat sepanjang jalan tu kan. Walaupun kaedah "perangkap halaju" tu ada keraguan, tapi jujur lah kat diri sendiri. Betul kau tak lebih halaju? Kalau salah, mengaku!

Yang kedua, kau rekodkan kejadian tapi kau upload ke internet, bukan nak serahkan pada pihak yang berkenaan. Bunyi macam ayat buku, tapi itu yang sepatutnya kan? Tindakan selepas tu, kau takyah risaukan dulu. Yang paling penting, kau buat bahagian kau. Bila kau upload ke internet, lebih banyak kebodohan kau yang orang nampak, daripada kesengalan si Peminta. Dah tau yang memintak tu ngok, kau pun sama jadi ngek.

Yang ketiga, bila dialog "macamana mau setel" tu diutarakan, kau boleh cakap "No". Kau dah buat salah, accept je lah denda yang dikenakan. Ini tak. Dah la ego tak mau mengaku salah, pastu salahkan orang lain mintak rasuah. Kalau kau tak cakap "yes", rasuah tu langsung tak akan terjadi! Senang je formula dia. Jadi, bila ada permulaan, terpulang cara kau nak tamatkan. Kalau kau awal-awal lagi dah tak nak, benda ni tak akan jadi dan sedikit banyak, gejala "macamana mau setel" nih boleh "pupus". Kau ada "power" kau sendiri dalam hal nih. Jadi gunakan.

Dan kepada orang Islam, denda 300 yang kau "kurangkan" jadi 50 semata-mata mau setel cepat, pikir lah balik. Masih berkatkah 250 yang kau "jimat"kan tu?

Bila tengok balik semua kesalahan-kesalahan di atas, punca terjadinya masalah ni adalah kelakuan si mangsa sendiri. Tapi tak. Bila divideokan dan diupload, yang nampak hanya dosa si peminta. Dicarut, dimaki sampai agama si peminta pun sama di caci. Sampai si mangsa memang betul-betul nampak macam mangsa.

Pikir balik. Sekarang siapa yang betul-betul mangsa?


*Si Peminta tetap salah, tetap berdosa. Entri ni cuma nak highlightkan yang pihak satu lagi turut menyumbang ke arah kehancuran sistem bermasyarakat!

You Might Also Like

0 comments

Press

press