Memori Raya

August 26, 2011

Aidilfitri 1983

Kalau ikut tarikh yang dicetak, usia gambar nih dah menjangkau 28 tahun. Perghhhh! Lama tuh. Gambar ni kat rumah arwah atuk (belah abah), Haji Darip. Yang berderet kat tangga tu, anak cucu menantu lelaki atuk. Gua yang mana? Tak yah susah-susah nak belek muka satu-satu, yang paling obvious cute dan berkaki ayam, itu lah gua. Baru 5 tahun.

Atuk ada 6 orang anak, 3 perempuan 3 lelaki. Abah anak yang kelima. Tak pasti masa ni arwah nenek hidup lagi ke tidak. Masa atuk hidup lagi, kami sekeluarga memang tiap tahun beraya umah atuk. Atuk nenek belah mak, memang aku tak pernah jumpa. Meninggal dah lama.

Beraya kat rumah atuk, sama seronok macam raya kat rumah sendiri. Raya tahun 1980-an, apa yang tak seronok? Feel dia lain macam. Zaman tu artis pun tak suka masuk tv rasanya, sibuk nak beraya. Zaman sekarang ni je time hari raya orang melekat tengok tv sepanjang hari. Sedara datang beraya pun boleh buat dek. Rosak! Kalau dulu, bekejar nak salam. Al-maklumlah, salam berkaut, walaupun hanya 20 sen! Dapat tu, kena simpan kat tabung buluh. Ada tahun, tabung tanah liat kucing ataupun ayam jantan.

Raya rumah atuk, yang seronoknya bila nak tangkap ayam buat rendang. Sama kecoh la mulut ayam yang dikejar dengan orang-orang yang mengejar. Kat bawah rumah tu selalunya ada lah sangkar buluh macam tudung saji, tempat transit ayam-ayam yang dah ditangkap sebelum ke alam barzakh. Tugas menyembelih, lapis-lapis anak atuk punya kerja. Geng cucu dah habis tugas. Dah peluh-peluh tu, pegi mandi kat sungai. Berkubang la kat sungai yang besar secoet tuh. Syiok nya, boleh ambik tanah tebing sungai tu, boleh buat main macam plastesin. Kaum ibu selalunya mandi air perigi. Bilik air dalam rumah selalunya jadi tempat basuh pinggan.

Malam tetap meriah. Pelita keliling laman. Kawasan kampung, memang syiok bila laman umah masing-masing yang luas penuh dengan pelita. Main bunga api, mercun lidi, mercun padi, mercun ular, mercun yang tarik tali tu. Ubat nyamuk memang cepat habis masa nih, sebab cucu-cucu sorang satu patahkan ubat nyamuk, buat pencucuh mercun. Dan efek mercun tak macam zaman sekarang. Takat melecur sikit tercucuh ubat nyamuk tu biasa lah. Tapi sampai tangan hancur lebur tuh, takde pulak dengar berita.

Pagi raya, lepas solat sunat Aidilfitri kami berkumpul atas rumah. Ruang utama untuk kaum lelaki. Kaum perempuan kat ruang belakang. Masing-masing bersila atas lantai, kedudukan disusun ikut pangkat. Gua adik-beradik kira lapis yang penghabisan, jadi jenuh nak keliling satu rumah bersalam. Tak kisah, asalkan poket penuh! Eheheheh!

Memang seronok beraya kat kampung. Tapi semenjak atuk dah meninggal, kami ke kampung selalunya hari kedua beraya. Yang ada kat kampung adik-beradik perempuan abah je. Giliran kami pulak adik-beradik berkumpul rumah abah ngan mak waktu hari raya. Dan sekarang, bila gua sendiri dah ada keluarga, kitaran yang sama akan berulang. Cuma suasananya berbeza, mengikut perubahan zaman..

Al-fatihah untuk kedua-dua atuk ngan nenek, Pak Tua dan Pak Lang.

Selamat Hari Raya.

You Might Also Like

0 comments

Press

press