Selamat tinggal, Nyanyau.

August 22, 2011

Ini Nyanyau.


Sedih. Semalam memang menyedihkan. Nyanyau sudah menjadi bangkai, dan bangkainya dalam longkang depan rumah. Aku yang mengecat pagar dari pagi boleh tak perasan. Anak-anak lah yang kecoh cakap Nyanyau ada dalam longkang.

Sedih bila mengenangkan nasib Nyanyau macam tuh sekali. Last sekali aku jumpa Nyanyau masa bersahur pagi Jumaat. Aku marah Nyanyau sebab makanan dah terhidang depan mata tapi masih tak makan. Geram. Aku tau Nyanyau sakit masa tuh, dan memaksa Nyanyau makan adalah salah satu cara nak bagi Nyanyau sihat. Logik aku lah tuh.

Jumaat malam. Sabtu. Langsung tak nampak Nyanyau. Risau jugak, rindu pun ada. Pagi Ahad (semalam), aku tanyakan kakak aku. Dia yang tuan punya sebenar Nyanyau. Dia pun kata tak nampak. Sehabis alasan dia bagi, "dia merajuk kot".

Rupa-rupanya Nyanyau dah membusuk dalam longkang. Sedih. Dengan Haris dan Hanim, kami kuburkan Nyanyau kat tanah lapang depan rumah. Nasib tak menangis. Memang terasa sikit kehilangan, sebab Nyanyau memang aku sayang sejak dari kecik. Bulu badan dia cantik. Perangai pun tak banyak. Suara keluar bila dia betul-betul lapar je.

Ni kehilangan yang kedua. Pertama dulu si Gemok, sekarang Nyanyau.  Itu lah nasib seekor kucing. Dibelai, dimanja, tapi siapa tau matinya dalam longkang.

Semoga Allah peliharakan ahli keluarga aku dari keadaan sebegini bila ajal menjemput.

You Might Also Like

0 comments

Press

press