Keindahan ciptaan-Nya

September 27, 2011

Antara tempat parking kereta dengan opis, jaraknya kira-kira 800 meter. Tiap hari, aku ulang alik berjalan. Untung badan, boleh la menumpang kereta kawan-kawan. Kalau tak, bagus jugak sebagai eksesais pagi. Eksesais petang pun. Baik hujan, baik panas. Kena redah jugak.

800 meter memang jauh. Untuk orang yang tak biasa. Tapi aku dah biasa sangat. Dah 2 tahun lebih. Kadang-kadang penat jugak. Tapi itu je lah parking yang ada, walaupun harga parking sebulan boleh lepas beli baju kemeja berjenama 2-3 helai!

Untung lah mata tak pernah bosan dengan ciptaan Allah. Seawal pagi, kalau langit cerah membiru, pandangan ditempat parking memang sangat cantik. Ye, tempat parking. Siapa sangka tempat enjin dan besi berkumpul tu boleh jadi tempat menikmati keindahan alam?

Anugerah Allah.

Ciptaan Allah.

Kadang-kadang tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata. Hanya kamera telefon yang dapat membantu.

Bahagian belakang

Bahagian tepi

Bahagian tepi

Bahagian depan

Bahagian depan


Subhanallah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press