Microsoft will pay you $243.00. Really?

September 07, 2011

Dapat email jap nih. Tajuk email tu sama cam tajuk posting nih, yang "Really?" tu aku tambah. Isi emel tuh;

Please do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will repent later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test..  
When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (if you are a Microsoft Windows user) for a two week time period.  
For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for every third person that receives it, you will be paid $241.00. Within two weeks!, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque.  

Yang hantar email ni pulak, entah mamat mana entah. Kalau tengok kat senarai CC dia tuh, ramai lagi yang dapat.

Sedih.

Aku tak paham kenapa la manusia ni boleh percaya benda-benda camnih. Punya lah kemaruk nak duit free, habis satu dunia dia forwardkan email nih. Ada pulak tu disclaimer "mana tau ada rezeki, tak cuba tak tau", tak pun "ala, kalau tak dapat pun bukan rugi apa-apa".

Rezeki? Rezeki tu bukan datang bergolek, kena ada usaha. Takat forward email, tu usaha apanya?

Tak rugi? Buang masa nak forwardkan email tu tak rugi?

Benda ni nampak sangat nak memperlekehkan cara kita berfikir, bertindak. Memang spesis suka forwardkan email tanpa usul periksa nih, melambak. Percaya bulat-bulat. Yang sedihnya, kebanyakannya orang Islam lak tuh. Tak tau nak berfikir langsung. Tak boleh ke analisa sikit kesahihan benda-benda camnih?

Meh kita buat homework sikit. Ambik contoh, kat Malaysia ni ada 28 juta manusia. Dan ada sorang mamat dari negara lain, dia lah satu-satunya yang berjaya forwardkan email ni kat rakyat Malaysia. So, kalau ikutkan formula kat email tu, mamat ni boleh dapat

$245 (US Dollar la kot) X 28, 000, 000 = $6 860 000 000!!! Tak pengsan Bill Gates?

Tu baru USD. Convertkan ke duit asal negara Mamat tuh, katakan lah Zimbabwe. Perrghhhhh!! Sempat gemuk pastu kurus balik naik taip "0" kat total duit yang dapat. Tu belum campur lagi kot-kot salah sorang rakyat Malaysia tu dapat pulak forwardkan email kat seluruh rakyat Indonesia, yang jumlahnya berkali ganda dari jumlah rakyat Malaysia. Fuyyyyooo! Kayo tak ingat.

Entah lah. Kenapa lah melampau sangat penyakit pemalas manusia nih. Tau nak duit free je. Benda camni pun nak percaya! Kerja lah elok-elok, toksah la jadi sengal sangat!

Untuk rujukan;
http://www.hoax-slayer.com/ms-money-giveway-hoax.html
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20061002144037AAh2sCT
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090610121627AArMGht

You Might Also Like

0 comments

Press

press