Potong tangan = Hudud?

September 29, 2011

‎"Hudud ni, bukan takat potong tangan, potong kaki je dik. Banyak lagi. Yang jenis potong tangan, potong kaki, potong jari, korek biji mata tak tentu pasal ni, geng-geng Ah Long je buat. Hudud tak macam tu. Akak tak paham la orang sekarang. Pakai talipon, pakai laptop kemain canggih. Tapi nak surf carik maklumat kat internet tak pandai-pandai. Nak belajar ke ustaz, menyombong malas. Dah! Malam ni kau ikut akak pegi surau!", bebel Kak Lijah Lawa.


Pelik lah manusia nih. Nak kata tak pandai pun payah, nak kata cerdik lagi payah. Kat Malaysia ni, masing-masing nak jadi ulama. Ulama yang sedia ada pun tak sekecoh manusia-manusia perasan bijak pandai nih. Dah faham ke apa itu hudud? Apa itu Qisas? Belum apa-apa, dah bantah.

Yang orang Islam membantah tuh satu hal. Yang bukan Islam pun nak membantah, itu sudah melampau. Sudah jelas, Hudud bukan agenda Pakatan Rakyat, lebih kepada agenda negeri Kelantan. Dan hanya untuk orang Islam! Jadi, kenapa runsing?

Takut orang Islam tak berkunjung ke pusat judi?

Takut orang Islam tak minum todi?

Takut orang Islam tak pegi "belakang mati"?

Takut orang Islam tak pergi clubbing?

Takut orang Islam tak menyewa rumah tumpangan untuk 3 jam?


Itu lah yang Islam mahukan. Tapi tokey bisnes, ini lah yang mereka risaukan. Kalau Hudud terlaksana dan berkesan, melingkup lah bisnes yang menguntungkan nih.

Adakah mereka yang membantah ini, si empunya bisnes?

You Might Also Like

0 comments

Press

press