Raya 2011 di Langkawi

September 08, 2011

Macam biasa, kalau tak upload gambar raya kat blog memang tak sah. Ehehehe! Tahun ni giliran beraya kat Langkawi. Seronoknya kali ni, dapat bergambar dengan hampir keseluruhan ahli keluarga sebelah isteri. Satu keluarga je takde, sebab isterinya tengah sarat. Membilang hari nak bersalin.

Tapi, kira ok sangat lah tuh. Selalunya susah nak dapat bergambar. Bukan apa, untuk kenangan.

Aku masih mengamalkan konsep recycle. Dulu, boleh lah tiap tahun tukar baju raya. Masa bujang. Tapi bila dah kahwin nih, tambah pulak semenjak dah ada anak, cukup lah pakai baju recycle je. Lagi pun, pakai masa raya je. Jarang pakai untuk majlis lain. Lebihkan peruntukan untuk anak-anak. Dorang pun tengah membesar, konsep recycle tak sesuai. Kalau bapaknya, perut je lah membesar. Eheheheh!

Cuaca di Langkawi sepanjang Syawal kami di sana, agak baik. Risau jugak, dari mula sampai (27 Ramadhan) sampai hari terakhir puasa, hujan tak henti-henti. Raya pertama, cuaca elok terang benderang. Alhamdulillah.


Keluarga Tok Nan & Tok Leha
Keluarga Tok Nan & Tok Leha

Setiap keluarga ada ambil gambar. Tu yang seronok. Berlatarbelakangkan laman rumah Tok Nan yang luas dan menghijau, serta rumah yang sebahagiannya masih berkonsepkan tradisional, memang awesome.


Keluarga Saya
Keluarga Saya


Chenta Hati Saya
Chenta Hati Saya
Dan tak lupa gambar anak-anak. Tak banyak sangat macam tahun lepas, sebab mood masing-masing tak berapa nak ada untuk bergambar. Kakak pulak mengadu pagi-pagi lagi kepala pening.

Abang Haris
Abang Haris

Kakak Hanim
Kakak Hanim


Adik Hanis
Adik Hanis

Yang ni pulak, gambar anak adik ipar. Dia tengok sepupu dia ambik gambar pakai bunga raya, dia pun sama nak pakai bunga. Selit kat telinga pulak tuh. Eheheheh!


Ikram
Ikram aka Cikam
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

You Might Also Like

0 comments

Press

press