Kampung Saya

October 26, 2011

Kampung Saya
Kampung Isteri Saya

Tugasan ke 19 Cerpen Indie memerlukan gua melukis. Gua terima je, walaupun gua tau seumur hidup gua, sekali je lukisan gua pernah kena gantung dalam kelas. Tu pun seminggu je.

Temanya? Kampung Saya.

Walaupun gua membesar di Kampung Tengah, suasana kampung tu takde lah kampung sangat. Laman besar takde. Pokok-pokok liar takde, lebih banyak pokok yang ditanam dalam pasu. Rumah gua pulak depan jalan besar, jadi hiruk pikuk warga kota nak ulang alik pergi kerja memang boleh bikin jiwa kacau. Orang nak balik Maran pun lalu depan umah gua. Menyampah.

Jadinya, yang menjadi inspirasi gua untuk tugasan kali ni, kampung bini gua. Masih ada suasana kampungnya, dan gua harap boleh kekal lama lagi.

Dan, gua tak pandai melukis. Gua suka melukis dengan kamera DSLR Canon EOS 60D, bukan dengan crayon, bukan dengan kaler mejik, bukan dengan kaler air.

Maka, lukisan di atas sebenarnya terhasil dari proses penggunaan kertas tekap dengan gambar yang original. Gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR EOS 400D. Gambar pokok kelapa berlatarbelakangkan langit yang membiru kat belakang umah mentua gua. Gua memang suka jalan-jalan kat belakang nih, menghirup oksijen yang segar.

Ohh.. gambar yang orijinal seperti di bawah.

Pokok Kelapa


Sama kan dengan lukisan gua? Gua tau.


Lukisan budak sekolah yang lain;
Zalila - http://psittacula.wordpress.com/2011/10/24/cerpen-indie-19-lukisan/
Mat Gunx - http://gunx.blogspot.com/2011/10/cerpen-indie-19-kampung-saya-lukisan.html
Cikgu Izwan - http://waraskutakwaras.blogspot.com/2011/10/keindahan-kampung-nan-permai-promosi.html

You Might Also Like

0 comments

Press

press