Namewee, Utusan, lowyat.net dan saya

October 04, 2011

Utusan
Hari tu, kecoh pasal manusia bernama Namewee mencarut-carut marahkan suratkhabar Utusan Malaysia. Kalau dicari di Youtube, mesti jumpa. Tak tau lah kalau dah di delete.

Isunya?

Abang Miwi buat filem. Wartawan Utusan tu kata, dia taknak pegi tengok. Alasan dia, walaupun pilem abang Miwi tu pasal 1Malaysia, luka sebab video klip abang Miwi yang sebelum-sebelum ni masih belum sembuh. Abang Miwi main-main kan lagu negara ku, kata azan bunyi cam nyamuk. Sebab tu wartawan tu tak mau tengok. Abang Miwi tak pernah mintak maaf pun pasal tuh.

Entah ye, entak tidak. Aku tak pernah tengok video klip sebelum tu. Yang tulisan wartawan Utusan tu pun aku tak baca.

Yang aku dah tengok, video klip abang Miwi marahkan Utusan. Eh! Bukan marah, carutkan! Abang Miwi kata, kalau dah tengok pastu nak bagi bad review pasal movie dia, dia tak kisah. Tapi dia marah sebab wartawan tu buat cerita tanpa pergi tengok movie tu lagi. Kata abang Miwi, jangan diungkit kisah lama!

Tapi Abang Miwi lupa, luka kalau dibiar lama tanpa ubat, makin hari semakin sakit. Abang Miwi dah bagi ubat?


Low Yatt
Ini bukan cerita Plaza Lowyatt. Ini kisah forum lowyat.net.

Hari ni aku masuk blogger.com, nak buat posting cerpen indie. Tapi, macam biasa aku akan tengok statistik dulu. Mahu tau topik mana yang banyak hits, negara mana yang banyak datang, dari page mana blog aku dilink kan.

Aku musykil. Hit untuk page aku lebih dari biasa. Untuk hari ni, hits nya sampai 160++. Wah! Mana datangnya? Setau aku, page ni tak pernah lebih dari 20 hits pun sehari. Kadang-kadang je terlebih, itu pun tak sampai 30. Mana datangnya?

http://forum.lowyat.net/topic/2057019/

Rupanya ada yang letak link ke blog ni di forum lowyat.net. Aku baca. Isunya berkaitan dengan kes troll "Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!" yang aku postkan dalam blog ni. Aku baca komennya satu persatu. Hati mula tak sedap. Aku ulang lagi baca komen-komen di setiap muka surat. Aku jadi geram!

Geram sebab ada yang buat komen (merujuk pada blog ni) secara membabi buta. Posting aku untuk isu tu, aku masukkan pandangan aku. Bukan setakat "copy paste". Orang-orang yang bagi komen di forum tu (sebahagian) nampak sangat tak baca posting aku dari mula ke akhir.Tak setuju dengan pandangan aku, aku boleh terima. Tapi merujukkan blog aku sebagai blog untuk mencari hits, itu melampau. Baca pun tidak, terus nak tunjuk pandai. Yang sedihnya, sibuk dok caci "Melayu/Meleis", sampai lupa masa bercakap ada cermin kat depan!


Senasib
Aku dan Abang Miwi senasib dalam perkara pokok hal nih. Sentimen tu lain kira lah. Isunya, orang suka buat konklusi tanpa buat homework! In my case, soundsyst64 dalam forum lowyat.net refers my blog sebagai source/sumber asal kepada troll yang merepek tu, and then the rest of the forum members (partly) mula bagi komen yang tak semenggah on my blog. One thing for sure, none of them read what have been written! Best lagi, puak ni mula kata I am looking for hits! Hmmmm... I have been blogging since early 2000 (from other web hosting then move to blogger) and I dont really bother about the hits.


Entah lah.

Ingat nak buat satu video carut cam abang Miwi jugak lah.




You Might Also Like

0 comments

Press

press