Training

October 12, 2011

Lama dah gua tak attend training. Last sekali rasanya masa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Chulalongkorn. Memang lama.

Hari ni dah masuk hari ketiga. Tapi gua masih menten mengekalkan kesegaran minda untuk fokus dengan amanat-amanat cikgu yang mengajar. Butir-butir percakapan cikgu masih jelas, tulisan nota masih belum bertukar ke bentuk yang mengkhayalkan. Mungkin sebab gua faham apa yang diajar. Atau mungkin sebab cikgu yang mengajar punya banyak masa untuk pusing kelas yang penuh sesak dengan 3 orang pelajar.

Dan hari ni, pada saat ini, gua melepak kat kedai Resipi Rahsia menikmati segelas air coklat ais kisar dan sepotong kek lobak. Kelas habis awal, dan gua ada appointment dengan sahabat dalam tempoh masa sejam lagi. Jadi, untuk membunuh masa, gua ambik keputusan untuk berlagak aksi korporat di kafe mewah, dan mengemaskini blog menggunakan telefon yang smart.

Macam ginih dia punya feel!!!

Hihihihihi!

You Might Also Like

0 comments

Press

press