Anak kecil main api

November 18, 2011

Aku dah bersila kat dalam masjid. Hari Jumaat, biasalah. Lepas lunch, terus cari port sedap dalam masjid. Tak kira lah ada dinding ke takde, asalkan ada kipas. Asalkan kat ruang dalam.

Masa tu lah ada mesej masuk. Mesej dari kakak. Mulanya berbasa basi, tanya apa yang ada kat tepi rumah. Aku kata ada sampah. Nak buang. Kakak tanya lagi, ada botol tu, botol apa? Aku kata aku tak tau. Tak ingat pulak kalau aku ada buang botol. Aku suruh kakak ambik gambar, hantarkan.

Bila dah macam tu, baru lah kakak bukak cerita. Rupanya Haris, si anak sulung sudah membuat angkara!
Entah mana Haris jumpa, Haris main-main dengan lighter. Habis kotak-kotak sampah si sulung tu bakar. Disangkanya api tu mainan, bila dah merebak baru kelam kabut rasa takut. Api yang dah menyala-nyala, Haris tinggalkan. Takut. Mujur anak-anak kakak ada. Mujur juga hari hujan lebat.

Aku? Dah macam cacing kepanasan. Menggeliang geliut. Tak sabar nak dengar sendiri penjelasan Haris. Tapi khutbah Jumaat sudah mahu mula. Aku pesan kat kakak, lepas Jumaat aku nak cakap dengan Haris.
Bagus juga ada khutbah jadi perantara waktu. Bagus juga hujan lebat di luar. Hati yang tengah geram, kembali ke alam waras. Telinga dah tak mendengar khutbah Imam, lebih kepada bermonolog dengan diri sendiri. Mahu cari cara yang sesuai untuk "marah" si Haris. Salah tetap salah. Hukum tetap hukum. Cuma cara biar betul, hukum biar mendidik. Haris mesti tahu dia buat salah.

Malam nanti, mahu berkonfrontasi.

Kesan terbakar. Tak sampai 10 cm dengan dinding rumah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press