KPI seorang bapa. Tercapaikah?

November 14, 2011

Aku suka status FB yang aku baca hari ni;

Buang tabiat membanding berapa A anak kita dapat dan jangan jadikan A suatu KPI tetapi jadikan solat, akhlak dan menutup aurat KPI penting. Lihat bagaimana kabahagiaan kita sekeluarga akan meningkat dan ketenangan meningkat apabila Allah tujuan kita redhaNya yang dicari, kasih sayang dan mengenal ALlah menjadi usaha kita setiap hari. Ajarkan ini pada anak anak setiap hari. Ibu bapa kalau anak anak kurang baik salahkan diri dan minta maaf pada anak danmula buat perubahan, insyaAllah anak akan berubah. Jgn bjet kita perfect as parents.

Membaca post rakan-rakan akhir-akhir ni, baik di facebook mahupun di blog, membuatkan aku termenung. Status facebook waktu-waktu hujung semester persekolahan memang mendebarkan mak bapak. Masing-masing bangga, bersyukur dengan kejayaan anak masing-masing. Yang dapat A berderet, yang dapat naik pentas ambik hadiah, yang dapat itu ini. Semuanya atas kecemerlangan akademik.

Aku jugak bangga dengan pencapaian anak-anak. Walaupun tak secemerlang anak orang lain, aku redha. Betul aku cemburu, tapi aku lebih kepada malu. Malu pada diri sendiri.

Haris, Hanim dan Hanis pun dah dapat keputusan periksa.

Si bongsu, tahun pertama sekolah. Pencapaian keseluruhan memuaskan. Memadai untuk budak berumur 4 tahun. Tahap keyakinan, ada. Cikgu kelas kata, adik Hanis aktif dalam kelas. Rajin bertanya. Yang paling cikgu puji, Hanis warna cantik. Ahahahaha! Tanya lah Hanis dah berapa banyak buku warna yang dia ada, dah berapa banyak pensel warna yang abah dan ummi beli. Banyak!

Alhamdulillah, kakak pulak masih cemerlang. Selalunya bila bab akademik, kakak Hanim "berseteru" dengan kawan baik dia kat sekolah, Iman Najihah. Tahun lepas, Iman Najihah dapat no 1. Dan hanya yang no 1 saja dapat hadiah. Tahun lepas, kakak ke Hari Penyampaian Hadiah hanya untuk ambik hadiah cenderahati. Dan buat persembahan. Tahun ni, entah apa nasib kakak. Kalau diikutkan keputusan periksa, semuanya markah penuh. Satu subjek je kekurangan 2 markah. Soalan "Siapa nabi terakhir", kakak jawab "Hud". Aduh!

Tapi apa pun keputusan periksa kakak, aku tau kakak dah cukup cemerlang. Surah-surah banyak dihafal, doa-doa harian. Buat penyelesaian matematik mudah pun dah mampu. Aku tau, kakak dah sedia untuk masuk darjah satu. Insya-allah.

Cumanya antara yang bertiga, aku kesiankan abang Haris. Ada rasa bersalah pada abang Haris. Aku lalai. Haris banyak terkontang-kanting sendiri bila belajar. Bila dah nak dekat periksa, baru lah sibuk-sibuk bising nak buat ulangkaji. Bila dah macam tuh, baru lah tau rupanya ada silibus yang Haris tak paham. Nak mengajar lagi dah tak sempat, periksa dah dekat. Sudahnya, berpuas hati saja dengan keputusan yang tak seberapa.

Keputusan periksa Haris, tak ada lah teruk sangat. Dan tak ada lah mengecewakan sangat. Average. Kalau dilihat secara purata, Haris selalunya skor 70% ke atas. Subjek Bahasa Malaysia dan Sains, abang Haris tak ada masalah. Matematik, keputusan periksa pertengahan tahun jatuh menjunam. Untung periksa akhir tahun dah meningkat balik. Yang lain-lain, masih lagi baik. Ummi jugak lah yang banyak bersabar mengajar Haris. Terima kasih ummi.

Abah? Penat bekerja, cepat marah selalu dijadikan alasan. :(

Kalau kes Haris ni ditengok secara khusus, masih lagi boleh diperbaiki. Tak ada masalah. Haris masih menunjukkan peningkatan, tapi perlahan. Cuma, macam yang disebut awal-awal tadi, bila melihat kejayaan cemerlang anak-anak orang lain sedikit sebanyak ada rasa kecewa. Ada rasa gagal. Kalau anak orang lain boleh, kenapa anak aku tak boleh? Aku tau, tapi selalu lupa. Kecemerlangan/kelemahan anak bukan pada anak tu je, tapi kemantapan ibu bapa yang menjadi role model dorang dalam kehidupan seharian. Kalau ibu bapa kecundang, anak-anak pun sama lah.

Insya-allah. Semoga Allah permudahkan azam aku kali ni. Biar ada rasa ikhlas, ada rasa bersungguh-sungguh mahu mendidik anak-anak cemerlang dunia akhirat.

Untuk anak-anak yang tersayang, abah mintak maaf!


You Might Also Like

0 comments

Press

press