Gendang Gendut

December 30, 2011

Ye. Begitulah.

Gendang-gendut tali kecapi. Kenyung perut, terbongkang sampai tak sedar diri!

Untuk spesis haiwan yang berdarah panas bernama Oyen ini, makan nya cukup susah nak berhenti. Pesanan "berhenti makan sebelum kenyang" hanya tinggal pesanan. Bagi spesis berbulu oren ini, berhenti hanya bila tiada lagi makanan dalam mangkuk makannya.

Sesudah makan sampai sengkak perut, beliau terus terkedang tak mampu lagi mengaktifkan diri. Terus berhibernasi, membenarkan sistem pencernaan badan beliau memproses makanan yang disumbat. Oleh kerana semua sumber tenaga ditumpukan pada perut, otomatis sistem pertahanan diri menjadi lemah.

Maka, tuan punya kucing oren ni bermahajarela lah untuk memperkotak-katikkan kondisi beliau.

Hihiihihihih!

Masih berdiam diri walaupun diaibkan sedemikian rupa



Oyen oh Oyen!

You Might Also Like

0 comments

Press

press