Kronologi potong

December 09, 2011

Dah selamat.

Hari ni dah masuk hari yang keempat. Setakat ni, semuanya ok.

Haris tempuh proses penterunaan dengan penuh cemerlang. Cemerlang lah untuk budak umur 8 tahun. Abah dia pun dulu sunat masa umur ehem tahun.

:)

Pagi Selasa 6 Dis 2011, seawal jam 7 pagi kami dah bertolak keluar. Nurse semalam dah call, pesan suruh datang klinik pukul 7.15 pagi. Appointment pukul 7.30. Memang saja pilih yang paling awal, bagi kurang sikit stress nak menunggu tuh. Atuk Haris pun ikut, nak temankan cucu. Sepanjang perjalanan Haris cool je. Sampai klinik pun aku tanya lagi, Haris menten cool.

Cool!

Yang tak cool, doktor datang lambat. Dekat pukul 8 baru muncul. Nak-nak pulak doktor ni jenis kalut. Aku lak yang naik risau.

Tapi semuanya berjalan lancar. Abang Haris menangis sikit masa doktor injek nak masukkan bius. Sikit je. Lepas tu nyembang pasal PS2, pasal basikal dan juga pasal jam G-Shock. Eheh! Selamba. Perbualan kasual orang kata.

Pagi sebelum sunat
Depan klinik yang bukak lambat

Menunggu
Dengar taklimat doktor
Menangis lepas kena cucuk bius
Senyum dalam paksa

Semalam abang Haris bukak balut. Meraung. Ahahahah! Memang dah agak. Sakit masa bersunat tak sesakit masa bukak balut. Dan itu la yang tak di higlight orang. Aku dah expect Haris menangis, so masa proses bukak balut tu aku dah ready.

Sekarang, tunggu abang nak pakai seluar je lagi. :)

Tahniah abang Haris!

You Might Also Like

0 comments

Press

press