Renew Passport

December 27, 2011

Hari ni ke Kompleks KDN, Jalan Duta untuk renew passport. Passport dah expired, dah cukup umur. Masa buat 2 tahun sudah, hampir satu hari suntuk terperap kat pejabat lama imegresen kat Bukit Damansara. Leceh. Beratur cukup panjang. Untuk sampai giliran pun mau berjanggut.

Kalau tak pasal tuntutan kerja, sampai hari ni aku tak ada passport agaknya. Dalam passport pun ada cop imegresen Indonesia je.

Tapi Alhamdulillah, hari ini urusan agak mudah. Walaupun ada sikit sengal kena beratur balik ambik nombor sebab tak fotostat IC, tapi masih dalam jarak menunggu yang boleh diterima.

Untuk pengajaran, lain kali kalau nak renew passport kena siapkan benda nih awal-awal;
1- Borang yang siap diisi
2- 2 keping gambar passport
3- Fotostat IC dan yang original
4- Datang seawal jam 7 pagi!

Ok. Passport dah siap. Semoga urusan seterusnya dipermudahkan.

Insya-allah.

Published with Blogger-droid v2.0.2

You Might Also Like

0 comments

Press

press