Genting Highland

January 16, 2012

Genting Highland.

Seumur hidup aku, setakat umur 3 dekad lebih nih, baru sekali aku pernah cecah kaki ke Genting Highland. Itu pun masa tahun 1992, masa aku umur 15 tahun. Punya lah berkurun. Walhal tiap hari nampak je bangunan Genting Highland tu dari area rumah aku tuh.

Dah boleh drive sendiri ni, tak pulak aku terasa nak pegi situ. Tak tau la, selain promo dia pasal "Kota Keriangan" tu, aku tetap rasa tak sedap sebab ada jugak perkataan kasino. Kalau kau google pun, memang ada ye perkataan kasino tu. Bukan aku saja-saja fitnah ye.

Ye lah. Taman tema dia ngan kasino dia tu dalam satu kelompok bisnes yang sama. Takkan kau nak kata, aku nak pegi Genting tu nak bawak anak-anak main je, bukannya nak pegi main judi tu pun. Macam tak kena. Tak tau lah, sama ada aku ni konservatif sangat ke, tak ketahuan fakta ke. Tapi aku still rasa tak sedap.

Anak-anak pernah pergi sekali. Seronok memang la seronok. Tapi aku still rasa serba-salah. Was-was. Mungkin itu lah antara sebab aku macam malas je bila orang ajak ke Genting Hihland nih. Lagi pun, bila dengar orang cerita, kat atas tu serabut. Ramai manusia. Siap jem bagai. Aku nih lagi la, dah la tiap hari pergi kerja mengadap jem, takkan nak pergi bercuti pun nak bersesak-sesak. Lagi lah aku tak nak pergi.

Dan satu lagi, kalau nak ke Genting Highland ni sama ada kau drive mencanak naik kereta ke puncak gunung, atau naik bas atau naik cable car. Uuuuuiii aaaaaiii... semua tu aku punya fear factor. Toksah la nak suruh aku gagahkan jugak! Ahahahahah!

Tapi, walaupun aku tak ke Genting, tapi aku ada juga gambar Genting Highland.

Puncak Genting Highland dari Danau Kota, Gombak.




You Might Also Like

0 comments

Press

press