FRIM, Kepong

February 03, 2012

Cuti Hari Wilayah, aku dan rakan-rakan sepejabat ke FRIM, Kepong. Mahu beraktiviti, berfoto-moto. Mahu mengasah kemahiran photography, sambil berjalan-jalan masuk hutan menghirup oksigen segar.

Memang segar.

Hijau
Hijau
Segar
Segar
Tenang
Tenang
Tinggi
Tinggi

Perjalanan kami dimulakan di bahagian belakang masjid. Laluan tanah merah, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Seronok apabila dikelilingi suasana yang merimbun hijau. Mata menjadi terang. Ada pula air terjun yang melintang di tengah. Cumanya agak mengah berjalan mendaki. Almaklumlah, lemak sudah makin tepu. Proses pemecahan lemak yang berlaku taktala mendaki bukit, memang menyeksakan. Percayalah!

Ada juga pengalaman ngeri. Entah bila, entah bagaimana, ada sang ular melingkar membelit kaki. Ya! Ular! Kau tahu ular? Mahkluk panjang yang bersisik kebasah-basahan itu. Untung lah saiznya "kecik kenot (meminjam istilah anak-anak di rumah, kecik kenot itu maksudnya kecil). Sedang khusyuk kami membandingkan  gambar masing-masing, terasa ada benda lembik menjalar di kaki. Fikirnya, pacat. Sekali pandang, walahai! Ini bukan pacat, bukan ulat gonggok. Ular tu, ular! Apabila mahkluk panjang bersisik kebasahan itu menggeliat-geliut, itu sudah cukup buat aku geli-geleman, apa lagi kalau sudah menjalar di kaki.

Waaaaaaaa....!!

Nasib baik menjerit yang keluar suara jantan. Ahahaha! Kalau suara kepit, bakal dipandang serong oleh masyarakat. Dan nasib baik juga masih kuat semangat, kalau tidak jenuh sahabat mahu mengendong mas gendut seberat 80 kg yang kepengsanan.

Semua itu, pengalaman.

Antara hidup dan mati
Antara hidup dan mati

Senduduk
Senduduk

Dalam biru ada hijau
Dalam biru ada hijau

Geng menembak
Geng menembak

Semua itu terus dilupakan apabila hasil "menembak" hari itu agak menjadi. Terutamanya yang aku idamkan selama ini, mahu mengambil gambar silky effect di laluan air sungai/terjun. Love it so much! Mungkin ada lagi yang boleh diperbaiki, tetapi sebagai permulaan ini sudah cukup baik.

Antara gambar-gambar Air Terjun Sungai Kroh, FRIM, Kepong.

Air Terjun Bukit Lagong
Air Terjun Sungai Kroh

Bagai sutera
Bagai sutera
Putih
Putih

Mengalir tenang
Mengalir tenang

Subhanallah!

Entah bila lagi akan mengulang kunjung.

You Might Also Like

0 comments

Press

press