Kenangan SPM dari si rambut belah tepi.

March 21, 2012

SPM '94

Tahun 1993.

Gua masih teruna. Masih bergantung harap pada duit mak bapak untuk kelangsungan hidup. Tapi itu tak menghalang gua untuk mencari kebasan jiwa. Ada sisi keremajaan gua yang membara, mahu mengurat anak dara orang walaupun sedar diri ini dikategorikan sebagai budak rambut belah tepi.

Dan sesuai dengan perwatakan rambut belah tepi, gua telah melayakkan diri ke sekolah berasmara penuh. Eh! Asrama. Gua tercampak jauh ke Johor. MRSM tu.. MRSM!! Maktab Rendah Sains MARA. Zaman tu kalau dengar orang dapat masuk MRSM, lagak gaya macam dapat masuk Harvard University. Kat kampung gua, gua lah antara yang dapat masuk belajar kat Harvard tu. Pergghhhh!!

Hasil kecemerlangan gua masa SRP, gua layak masuk ke sekolah Amanah Rakyat. Gua memikul amanah dari abah ngan mak, kalau boleh biarlah ada sorang anak abah yang "melawan". Melawan dalam erti kata cemerlang dalam bidang akademik. Gua tak terasa terbeban dengan harapan mak ngan abah gua masa tu, sebab diingatkan sekali lagi, gua ini spesis rambut belah tepi. Belajar memang menjadi hobi untuk mengisi masa lapang.

Tangan ke dada, mata ke atas.


Tahun 1994.

Gua masih kecundang untuk mengurat. Tapi respon dari awek kiut tetap mesra. Masa pra-percubaan SPM, keputusan gua cemerlang. Mungkin sebab hati tenang. Tapi tak kekal lama. Awek yang gua suka, rupanya ada pesaing dalam diam. Pesaing gua bukan calang-calang. Dunia asrama, tentu lah ada kelompok glamour dan tak glamour. Gua memang sejak mula dah tergolong dalam golongan marhaen. Pesaing gua tak begitu. Kacak bergaya, aktif bersukan dan jenis mesra tanpa memandang darjat. Tambah lagi beliau dari kelas Sains Tulin. Gua ni Sains tak tulen. Dan ratusan rakyat MRSM rata-rata memandang serong dengan penduduk kelas Sains Tak Tulen nih.

"Kau belajar Geografi, boleh la score. Kami ada Kimia, Biologi ngan Fizik. Susah woooo..."

"Ye lah"

Tangan ke dada, mata ke atas.

Gua beralah. Emosi terganggu. Awek kiut menunjukkan kemesraan kepada pesaing, walaupun belum ada apa-apa kepastian. Gua kecundang, efeknya sampai ke result periksa percubaan SPM. Agregat 22 masih dikategorikan pangkat 1, tapi sikit pun gua tak bangga. Gua malu. Mak abah datang untuk majlis restu ibu bapa. Ditunjukkan keputusan periksa percubaan, gua tadah telinga siap-siap.

"Terpulang kat cikgu lah nak buat apa. Kalau nak rotan, rotankan aje. Nak harapkan kami ni, kami tak tau nak buat camana."

Gua diam. Taman dalam hati gua basah disiram hujan.

Tangan ke muka, mata keluarkan air.


Tahun 1995.

Bulan Mac. Baru je beberapa hari beraya. Bila suratkhabar dah bagitau keputusan periksa nak keluar, gua dah seram sejuk. Gua pakat dengan classmate gua yang tinggal sedaerah. Kami pakat pergi awal sehari ke Johor. Tidur semalam di Simpang Renggam, rumah classmate yang satu lagi. Gua teringat kenangan pahit keputusan percubaan. Gua saspen. Takde klu langsung apa keputusan yang bakal gua dapat. Tak silap, gua ada target dapat keputusan bawah agreget 20 je masa tuh. Jadi lah.

Sampai kat sekolah, dah ramai yang berkumpul. Sesi beramah mesra bermula. Seronok berjumpa kawan-kawan yang dah terpisah beberapa bulan. Gua berbasa-basi. Gabra gua boleh tahan.

Bila slip keputusan dah mula beredar, gua lagi gundah gulana. Mat/minah scorer sebelum ni tunjuk macam-macam reaksi. Ada yang suka, ada yang kerut dahi. Giliran gua masuk ke bilik cikgu. Cikgu takde tunjuk apa-apa perasaan. Kalau tak ada apa-apa perasaan dalam situasi macam gitu, itu lah perasaan kejam yang tersembunyi. Gua terkulat-kulat tengok cikgu yang berperasaan kejam tersembunyi menyelak slip keputusan carik nama gua.

Jumpa.

Gua belek.

Pangkat 1. Aggregate 10. Gua tak percaya. Abang gua yang angkat talipon masa gua call umah pun tak percaya. Ulang banyak kali tanya. Mak ngan abah suka hati. Sudah ada anaknya yang "melawan". Senyum gua cukup manis masa tu. Intai-intai juga kalau ada awek kiut nampak gua senyum manis. Tapi tak nampak.

Gua cepat-cepat ke surau. Ikut kawan-kawan, mahu solat sunat syukur. Gua tak tau camana nak solat sunat syukur, tapi gua tetap nak bersyukur. Masa sujud akhir, gua bersyukur sunggoh-sunggoh.

Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press